Selepas melalui pembedahan caesarean di kelahiran pertama, anda boleh berusaha
untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang.
Impian
melahirkan bayi yang dikandung secara normal selepas pernah menjalani pembedahan
caesarean sememangnya menjadi matlamat kebanyakan para wanita hamil. Sudah
menjadi fitrah buat seseorang wanita itu untuk cuba melahirkan anaknya menerusi
faraj tanpa perlu melalui pembedahan yang sarat dengan pelbagai risiko yang
boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun bayi yang
dikandung.
Yakinilah bahawa usaha anda untuk mencuba kelahiran normal
selepas caesarean atau lebih dikenali sebagai VBAC adalah lebih selamat dan
kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean untuk sekian
kalinya.
Malah, pada masa kini kebanyakan doktor mengesyorkan kelahiran
normal selepas pembedahan caesarean sekiranya beberapa aspek penting tertentu
dipenuhi terlebih dahulu. Oleh yang demikian, jika anda bercadang untuk berusaha
ke arah VBAC, dapatkan pandangan daripada doktor pakar yang memeriksa kehamilan
anda sebelum mengambil sebarang keputusan.
Lazimnya, masih selamat untuk
anda menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum
ini.
Walau bagaimanapun, VBAC tidak sama sekali disyorkan kepada anda
yang pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean. VBAC boleh dicuba
sekiranya :
1. Anda hanya ada satu parut yang rendah dari sisi ke sisi
daripada pembedahan caesarean terdahulu.
2. Punca pembedahan terdahulu tidak
berlaku dalam kehamilan terkini, Contohnya seperti bayi besar, tekanan darah
tinggi dan diabetes.
3. Tiada sebab untuk anda menjalani kelahiran secara
caesarean sepanjang kehamilan kali ini seperti komplikasi placenta praevia (uri
bawah).
4. Pembedahan caesarean terdahulu bukan pembedahan klasikal.
5.
Pelvis bersaiz normal.
Risiko
Untuk pengetahuan anda,
wanita yang cuba untuk VBAC selepas pernah menjalani caesarean berkemungkinan
kecil akan mendapati parut pada rahimnya terbuka semasa mengalami sakit
kontraksi kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh
membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan juga.
Namun begitu,
risiko untuk rahim pecah dengan VBAC kehamilan tunggal (kajian tidak menunjukkan
keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya di antara satu hingga dua
peratus. Hal ini kerana risiko untuk parut terbuka dan seterusnya menyebabkan
rahim pecah adalah sangat rendah semasa VBAC sekiranya anda hanya ada satu parut
yang rendah. Pada masa yang sama proses kelahiran tidak dimulakan dengan
penggunaan ubat pencetus kontraksi.
Risiko sebegini lebih kerap terjadi
pada pembedahan klasikal di mana hirisan rahim dibuat secara menegak dan
bukannya melintang seperti yang kerap dilakukan oleh doktor pada zaman sekarang.
Ketahuilah, rahim pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara menegak
tidak lagi diamalkan.
Biar apa pun risikonya, VBAC hanya boleh dijalankan
oleh hospital yang mampu menjalankan pembedahan caesarean secara kecemasan.
Untuk makluman, jika anda telah mencuba untuk VBAC tetapi malangnya masih
memerlukan pembedahan caesarean, risiko menghadapi jangkitan adalah lebih tinggi
berbanding daripada terus menjalani caesarean.
sumber: mjlh pama
mummy mengharapkan boleh bersalin normal tak lama lagi..arap2 tiada komplikasi, o apa2 mslh nnt.arituh da bincg2 ng nes, nes kate boleh normal coz takde risiko..so 30hb ni apoiment ng dr pakar plak di spital ipoh utk detail chek up utk kelahiran yg akan dtg ni..harap2 sume ok lah kan..doakan yg baik2 utk mummy n smuga mummy dipermudahkan oleh Nya yaa......nekad nak normal jugak..insyaAllah...kite hanya merancang, Dia yg menentukan segala nya...InsyaAllah...
* nk tau info ni lebih detail..jgn lupe beli mjlh pama keluaran jun ye..cewa..promote lak...mummy pon tak beli lg ni...:P
alamak dengar jer perkataan bersalin...adoi fobia trus aku.fokus skrg nih nak kuruskan badan yg gedempol sblm dpt anak.hehehe. aku doakan koa bersalin normal.mudah dan lancar.amin.
ReplyDeleteLoomot lagi best
amin..mudah-mudahan....aku pon cuak gak ng word 'bersalin'ni...hehhe..tp harap2 dipermudahkan Nya
ReplyDeletealah..mu tu mn gedempol nye..aku tgk ok jek..menten la mcm dulu gaks apa