Wednesday, December 22, 2010

Migraine & Homoeophaty

sejak akhir2 ni mummy slalu sakit kepala..sejak bersalin anak ke 2.tp lately, da 3 bulan mummy asik sakit yg berpanjangan dan kerap.da byk doc mummy pi, memula kate stress keje..sbenarnye, takde la plak mummy stress keje ke hape..bile da semakin kerap n berpanjangan, doc ckp maigraine..tp sume ubat mummy mkn sume tak berkesan.ubat yg diambil hanya utk melegakan kesakitan utk sementara..lastly, da 3bulan sakit berpanjangan, mummy pon cuba rawatan homoeophaty..emm skang masih dlm peringkat percubaan..harap2 lah menjadi ek..biol da kepala mumy ni asik sakit jekk huhu


migraine biasa nye terjadi sebelah kepala je..tp jika keadaan terlalu teruk, leh membawa kepada due2 belah kepala

so meh nk share info migraine n homoeophaty ni k

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.




Classic Migraine


Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.


Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.


Common Migraine


Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.


Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.


2) Hormone
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.


3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.


Cara mengurangkan kesakitan migraine :
Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.
Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.
* tapi biasa nya mummy mkn ubat jek sbb da tak thn  sgt hehhe

Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan. Disebabkan bahan untuk membuat ubat Homeopathy adalah berasaskan herba, ubat Homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.


so mummy sedang mencuba ubat2an homoeophaty ni..actully homoeophaty ni menyingkirkan2 toxin2 yg berlebihan di dlm bdn kite ni.membetulakan saluran drh dan saraf agar sistem bdn kita dpt berfungsi dgn betul.em tu apa yg doc homoeophaty terangkan pada mummy lah..
cara mkn ubatnya plak ialah tak boleh guna tgn n sudu besi.sudu plastik takpa..then kene mkn 1/2jam sebelum mkn..kire nya mkn time perut kosong..so resultnya, kene tgu smgu la ek..so far smlm mummy da rasa kurang skit berbanding ari2 sebelum ni....alhamdulillah...:P

Wednesday, December 15, 2010

aksi tak mau tp mau

mama: farez, meh posing amek gamba
farez: (jebik mulut..tanda tanak la tu)...
dlm hati mama...oooo eksen yee hihi

lps tu ngada2 wat aksi2 yg kununnye ngada2..ala mau tp tak mau..mau yg lebih..elehh td kata tanak..

still mud tak mau tp mau..wat picit2 idung plak
wat2 terbang la plak....

ni wat aksi cat walk plak..huh..td eksen kata tanak..skang farez dah over acting la .....huhu...

sekian aksi farez tak mau tp mau
hehe

Monday, December 13, 2010

hubby besday

my hubby tgh minum nescafe tarik kaw kaw punye..tgkle buih nyee...

arini 14Dis..besday en hubby..emm nk suprise ape ek..actually pg td tah wish sblm masing2 pi keje..adiah pon actually mummy da bg 2mgu lepas..masa tu baru balik dr songkhla tu..adiah2 for hubby import from thai la kire nya huhu..so mcm arini, mcm xada apa la kan..ish tak besh nye..so planning blk kj kang nk cari kek la..nk cr lilin 30 batang..hahah jenuh nk tiup kang hahah..kalu jupe s'thing spesel kang beli la ek..heeehe
so, for my dearest abang..wish u happy besday, slamat hari lahir..semuga panjang umur dan sihat selama2nya, semuga dimurahkan rezeki hendakNya, semuga cpt naik pangkat lg heee...emm apa lagi ye..semuga hidup berbahagia berpanjangan bersama kami.. luv u very much abg....:*

Monday, December 6, 2010

VRI Trip to Songhkla-Hatyai, Thailand

baru2 ni pada 29/11- 2/12/12, mummy bersama2 staff VRI pi melancong..hehhe..ingt tak dulu yg mummy wat passport tu..akhirnya, mummy selamat pegi ke thai n selamat sampai ke mesia semula..
anyway sgt2 enjoy pi sna..byk jugak tempat2 leh jln2, kat songkhla la..neway kat hatyai lak tempat bershoping..neway, bhy tau kat hatyai ni koz ader tiger show n pondan show..lelaki2 yg kussss iman tu la bhya nyee hehhe...
emm actually gamba mummy tak uplod abih lg..ader lg pict kat member mummy..
next entry mummy uplod n citer pnjg2 k..skang mummy nk tdooo..ni pon da lambat dah..mentang2 sok cuti kan..SALAM MAAL HIJRAH buat semua....

neway, ni ada sket gamba:d
bhat thailand..mata wang depa rendah..RM 90++ duit malaysia lbih kurang 1000 bhat.

blakang tu otel yg mummy nginap..sarmila beach resort

Wednesday, November 24, 2010

bila henpon underwater

1st at all, jgn slh phm ok..henpon mummy ni ori..not ciplak2..tp terjadi nya underwater bile mlm td, mummy terendam n terbasuh sekali pon dlm mesin basuh...aduhhhh..apsal la bijak sgt kan..
kisahnya, letak fon dlm sluar track..biasala nk jdkan alasan mcmana tak perasan fon dlm poket ...'ala...sluar track kan besar' or 'poket sluar track kan labuh,mana nak perasan'.....

mmg rajin mlm td, tgk mesin basuh da penuh..masuk jela sluar track ni..on swicth, bkk air, buh sabun, biakan die berpusing sebentar,pastu off sambil bia merendam kain dlm mesin basuh tu..agak lama jugak la..time nak tdo tu, teringin nk chek fon takut2 de msg..cari2 tak jupe..alih2 baru teringat.....dlm MESIN BASUH...ayarkkkk....

da berapa jam terendam ntah..ambil2, tgk air da bertakung dlm fon tu..husband da geleng2 kepala sambil bebel2 sambil perli2...'kotor sgt ke henpon tu sampai nk basuh?'..mummy mls nk lyn, mummy terus tekun mencari srcrew2 driver yg kecik2 tu utk bkk fon mummy ni..henpon lak canggih manggih sgt..nk bkk cover pon berscrew2..arggghhh bosan2....sudah nya, ngan muke yang poyo, mummy tak berjaya nk buraikan henpon mummy tu..dlm hati ckp 'ai rosakla henpon ni kot..dah la tgh takde duit..nk pi songkhla lagi next week, mn nk cekau duit' sambil mcm2 lg la bebel dlm hati. mls nk bebel kuat2, nnt lg kuat dgr sore bebelan en somi tu...

sedih2...sdh sgt tak dpt nk selamatkan fon tu...wat muke poyo..muke sedih..pastu en somi ckp dgn lembutnya (agakya da penat bebel td kot)...'eemm takpelah..sok kite cari yg murah2 dulu utk sementara waktu ni..sementara tgu duit ada'....dan.........mummy pon redha lah....da mmg slh mummy kan...cuai..ish ishhh

mummy bersedih lg ni...mummy ilang sume no2 kwn, famly, no2 ptg, my note, gamba2 n sume2 la yg mummy simpan dlm fon tu..ishhhh sedih toi laaaa

emmm mlm ni jom teman mummy cari fon cikai2..."P

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha


selamat hari raya Aidil Adha mummy ucapkan buat sume rakan2 dan utk semua umat islam di dunia ni..
pada siapa yg balik kg tu, hati2 la memandu ye..mummy InsyaAllah balik ke n9 mlm karang.dah tak sabar rase nye nk blk kg ni..yela..raya puasa arituh blk jerteh..emmm rindu kat mak ayah mummy ni,,,okla...hope sume enjoy blk kg n beraya..

Sunday, November 14, 2010

Besday Gurl's~NOV2010~

13 & 14hb 11 arituh, mummy ada LASAM Conference di grand seoson hotel di KL. jatuh ari sabtu n ahad lak tu..ayya...tp kire ok jugak, en hubby cuti..so angkut la anak2 skali p KL.tp kami menginap di putrajaya sbb ari sabtu tu mummy MTEST di putrajaya.
14hb 11 kebetulan jatuh hari lahir mummy.so kami plan nk sambut besday mummy ng fazy (8hb 11) ng family juned ng mat.juned pon ade 2 org anak gurl..so mmg meriah la kalu ramai2 camni..farez n fazy pon takde kawan.dpt jumpe alya ng husna ..sunut la die..dpt plak main mcm2 menan kat umah unty juned, lgla farez n fazy suka. memula nk mkn2 kat dataran depan majid putrajaya tu, tp ujan la plak so kami pon sambut kat umah jun jek..abih bersepah umah unty juned..heeheheee....sury je juned....
k moh kite potong kek dulu...
potong kek skali ng papa ng farez

lps potong kek, mkn2 la plak..masing2 dah lapo..antara menu nya; kek, pizza, pastu unty jun ni masak sedap...ada ayam bakar, udang masak lomak campo nenas, sayur campur, kerabu mangga. ada buah jambu n sos rojak sponser huhu...mmg kenyang lah..mcm2 ada...yg plg specel ade air kelapa.minum dr buah kelapa lg.rasa mcm minum tepi pantai lak hehhee

ms mak2 n bpk2 masih melantak, budak2pon da kekenyangan, so ni la masa2 budak2 ni memunggah...kemain srunuk lg tgk bbdk ni main sama2..farez sampai berpeluh2 la main sepak bola dlm umah unty jun...sib baik tak pecah pasu bunga...kalu tak cuak jugak mummy huhu

oh ya...ramai yg tanye papa bg adiah apa...jeng jeng jeng....
kebetulan jam mummy ni problem jek.arituh jarum jam tercabut.lps reper cermin cover pecah sket n tertanggal..nk tukar mahal, agak mhl jugak n lmbat siap..sbb kedai nk kene tempah dlu..so papa kata, meh la papa adiahkan jam baru..hehehe..tp jam lama tu mummy tetap simpan n nak reper balik.jam lama tu pon adiah dr papa jugak ms besday mummy thn 2008. harap2 jam baru ni, thn lah bertahun2 lak.
.apepon thx ye papa... :))


Sunday, November 7, 2010

Hepy 1st Besday My Gurl

8hb 11 2010..
aii rasenye mcm baru je lahirkan anak ke 2 mummy ni..Nur Fazya Qaireen..rs mcm baru je abih pntg..rasa mcm baru je kurus..hahahha...lps pntg harusla kurus kan..skang tidak la lg...sbb da tak berpantang...aih aih aih..benci la word kurus tu skang...
sbb nape mummy rase mcm baru je, sbb maybe sbb mummy masih breastfeed fazy full time kec la mummy pi keje..mlm o wikend mmg full time.tido pon berkepit mcm baby lg..sbb tu la rasa mcm baru jee..tup2 arini fazy dah sethn..da besa da anak mummy ni..rindu plak ms fazy baby2 dulu hhehe..
esok fazy cucuk sethn, hope la demam lame2 ye.sihat2 je lah ye fazy.
mama wish fazy, muga fazy diberkati, dilindungi Allah selalu, smuga menjadi anak yg solehah, anak yg taat kpd perintah Allah, kpd mama dan papa, jd anak yg baik dan smuga comeeellll sokmo hehhe...mama syg fazy sgt2..
celebration besday fazy, pospone ujung minggu ni ye..kite sambut ng mama same2 ek...lgpon smlm da mkn2, fazy pon dah dpt adiah besday..pink colour lg hehhee

: muke farez yg moyok sbb berebut basikal ng adik fazy. actually ni basikal sempena besday adik fazy.tp abg farez lak asik nak berebut.ingt adiah die agaknya. basikal ni besh sbb leh tolak2. so sng la kalu nk pi psrya ke taman ke..tolak je..mcm troli jugak le. n leh sampai umor 4thn.so kira jangka ms panjang la..tak pyh beli byk kali hheeehe:

:ni baru la besday gurl.terpaksa dok dlm stroller je..basikal abg farez da rampas..huhu...sabar ye fazy:

oh ya, perkembangan fazy utk umo sthn:
: lom leh jln lg tp suke sgt bertatih.kalu pi psraya, takmo berdukung..nak bertatih.pgg tgn kite then nk berjln mcm org pandai jln...lagak mcm org besar hhehe
: leh meniti sana sini n panjat2 katil , kerusi, meja kecik
: da pandai babai, tepuk amai2..kire phm la org ckp..kalu suh babai, die lambai tgn. kalu suh tepok amai2, fazy akan tepok tgn..
: syg pon da pandai tau..siap bunyi lg..'emmmmm....' sambil lekap muke die kat muke kite huhu..
: suke tiru apa org tua buat..yg simple2 le..cthnya, julur lidah, mucung mulut, bunyi2kan mulut..
: fazy ni orgnya agak serius dr abg farez. mcm abg farez dr kecik sampai skang, asik senyum je meleret2.tp adik fazy agak serius muka nya. tp kalu da senyum amat la manis..hhehe...

Friday, October 29, 2010

Menyepah dan Mengemas..?

kes menyepah adalah merujuk kpd gamba di bwh....

gambar jelas menunjukkan fazy sedang giat menyelongkar brg2 dr almari..

akta mengemas lak takda gambar sbb mummy yg kene mengemas lopeh tuuu...huuu..nasib badan...tuh la, skang ni fazy kojo nye nk menyelongkar je brg2 dlm almari ke mana ke..pastu wat sepah..penat tau nk ngemas..ni dah tanda2 awal nk ikut jejak abgnya dlm aktiviti 'mengemas'..ayyoooo...
oh ya..yg mummy bangga skang ni, fazy skang da pandai pegang pensel dan menyonteng..TAPI...masalahnya, bkn pd kertas..tp pd dinding umahhh..waaa.....

Tuesday, October 26, 2010

Akhirnya buat jugak

Pagi td kaki ni melangkah jua naik bas VRI ng segerombolan beberapa staff VRI menuju ke pejabat imegresen.motif utama ialah ... wat paspot o border pass. insyaAllah ujung bulan 11 ni ade program VRI like as team building ke Songkhla, Thailand.
memula dulu mmg mummy nk sgt p..ntah kenapa lately, rase mcm lain mcm, tak sedap ati n nervous lak..maybe sbb mcm2 insiden yg terjadi..dan paling utama rase kesian kat anak2 lak..sian kene tinggal n mummy jugak takut rindu2an lak nnt..tp hubby kate ok..
bla bla bla...mls nk bende2 yg tak baik, lgpon jaminan telah diberi.mr guide travel akan menemani kami nnt.jaminan keselamatan juga telah diberi..hope nothing bad happen lah..

tujuan ke sana ialah lawatan bls, melawat Prince Thai University..(if kalu tak silap la..mummy lupe) then jln2 shoping melawat..dah pi sna nnt mummy wat entry  baru k..

siap jugak la wat paspot arinih..mcm mummy ic adress n9.so kene la wat paspot.mcm kwn2 mummy yg adress perak, kedah, klate just wat border pass shj..rm 10 hengget ok..paspot rm 100 for 2 yrs n rm300 for 5yrs..mummy amek yg 2 yrs jek..so melayang rm 102..ops..tambah rm 2 for paspot cover.

Monday, October 25, 2010

Sepupu baru Farez n Fazy

2bln lepas farez n fazy dah dpt sepupu baru, then 17hb 11 2010 arituh my kids dpt lg sepupu baru...aka, bertambah lg la cucu2 atok n wan heheh..ala baru 4 org kan..2boys n 2 gurls. kali ni, kami menerima kehadiran puteri sulung ayung ng istri nya, yati lak..mr abg sulung mummy. mummy tak tgk lg baby ni tp dpt kabar dr jauh jek..pict pun ayung kirimkan mms..moh tgk spupu baru farez n fazy

Nur Airis Marissa binti Shahrul Faza.maksud airis bunga. marissa lak bermaksud sopan santun...

smuga jd anak yg solehah ya! :)

Thursday, October 21, 2010

our 3rd wed annyversary

19/10/10......genapla 3thn perkahwinan mummy ng papa tersayang..tp baru 3 thn kan..rase byk lg yang perlu kami timba ilmu untuk mengukuhkan lg hubungan yang sedia ada serta kerohanian rumahtangga.byk lagi ilmu agama yang perlu kami serapkan dalam ikatan kekeluargaan yang telah kami bina.dan byk lg asam garam kehidupan yang perlu kami pelajari selok beloknya..namun mummy bersyukur sgt ke hadrat Ilahi atas hubungan yg masih utuh ini..mummy berharap agar hubungan kami berkekalan hendak Nya ke akhir hayat  kami bersama penyeri2 hidup kami; anak2 kami. mummy jugak berharap agar hubungan kami tetap mekar dan slama2nya tanpa dicemari sebarang kecacatan yang boleh merosakkan hubungan kami...
aminnnn...........

kami yg hangat bercinta (kehkehkeh...jgn jelezz ya)
dan....
seperti biasa, kami plan for our annyversary ni...ialah berdating berdua2an without kids..hehhe..saje nk mengimbau kembali zaman2 kami sms ngurat2 dulu, masa zaman bercinta, masa zaman suka dan duka, dan sblm zaman berkahwin.
actually mummy tanak apa2 pon that day, justt.....want spend time with my hubby..bkn senang hubby nk luangkan msa camni tau..asik sebok jek...
so plan pertama...kami mitak cuti dulu..kebetulan hari selasa..then anak2 tak ikut la..just us ok..hehe
kami tak kemana pon..just kat ipoh jek..tp g berpoyo2 di ipah perade..

ops sebelum ke ipoh perade..kami ke maybank dulu..wat buku ASD fazy, then top up duit raya farez ke dalam ASD farez plak..abih urusan ASD, baru lah kami ke ipoh perade.

ASD utk my gurl..

terus menabung utk ASD farez..fazy pon sama jugak lah nnt k

okeh..event pertama, pi main bowling dulu..tp hampa..mummy kalah teruk..ish...wat malu jek...asik bola masuk longkang jekk..nyampah toi la...

kalu perati betul2, dpt tgk bola mummy menuju ke longkang..benci tauuu!!

pastu kami jln2 round Ipoh Perade, sambil berpegangan tangan..huhu..teringat plak zaman2 dulu..yela..skang da ada anak, pgg tgn anak2 je la masing2..kang hilang plak anak2 mummy tu hhehe..betul apee..

pastu mkn2 plak kat kenny roger..mmg mlantak abeh la..kenyang mcm ulor sawa pastu..

mkn laju2 sbb da hampir kol 3.30pm..wayang da nk start tau..kalu thn lps tgk papadom..thn ni tgk JANGAN PANDANG BELAKANG CONKAK 2..emm boleh la cite ni..biasa2 jek..dah cite ni je ada n yg plg besh ms tu..kesimpulannnya mummy by 2 star lah..tak seram tp lawak la..sbb mummy bg 2 star koz mummy tak rase nk gelak guling2 selama sejam lebih dlm wayang tu..kalu dah guling2 dlm tu...baru boleh 5 star ok huhu..poyo jekkk...

pas tgk wayang, mummy pi tandas la...sejuk seh dlm wayang tuu..huhu..phm2 laaa hahahha

pastu ape lg..kami pon balik la..sampai umah kol6.30 petang..masing2 dah rase letih n nk tercabut lutut psl meround dlm Ipoh Perade tu 2 pusingan ..huuu

tp rase mcm tak aci sket psl kami pi jln2 2org jek, mkn sedap2 pon 2 org jek..so kami pon decide, blk umah, siap2 then bwk anak2 pi mkn McD plak..n main kat dlm playground McD tu..sunnguh hepy anak2 mummy..kami pon hepy la tgk anak2 hepy..yela..dah ada anak2 kan..rasa lain plak kalu buat sesuatu tu tanpa mereka..at least mesti nk share kegembiraan tu bersama anak2....luv uol my kids..luv u too papa..thanx ,spend time with mummy that day, n thx for de maybelin products tu..mummy suke tau...ahaks..aktely, tu mummy yg request..dah papa tye nak apa kan..so mummy tarik la pi maybelin huhu...thx tau papa..

farez ng mokteh nya


my gurl..buat aksi apa ntah ni..

oklah..tu saja kisah gatai mummy utk kali ni..ahakss...uol doa2kan la agar hubungan kami berkekalan ya..thx uol..syg kat uol....mmmuuuaaahhhh....

Wednesday, October 20, 2010

Blogwalking Award 2010

aih..dah nk abih thn 2010 pon mummy masih dpt award blogwalking ni..tp mummy mengharapkan award lain..bg la award duit ke, emas ke...baru la masyukkk waakkakkakaaa...papepon mekasih la one2paii koz bg mummy award ni..atas sbb ape ek..mungkinkah sbb mummy rajin jogging ke blog beliau..maleh la ngarut meh jwb soklan2 yg wajib spt di bwh ni..

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang (nie ayat mengikut kamus dewan eja yer)

mummy tgh pikir bende pe nk jawab ni.ade markah tak??

2. Apakah nama samaran anda ??
mummy yosh laaa bukan mummia ok

3. Senaraikan 3 nama yang anda sayang ..?
papa, farez, fazy...saya sayang semuaaaaa....

4. Panggilan untuk si dia ??
eheem ehheemmm ..tu pon nk tau jugak ke...

5. Hadiah yang diimpikan dari yang istimewa ??

kete Alfard  4 ke 5 bijik..

6. Belok mana yang paling suke visit..??
belok jiran blakang umah mak mummy..umah makcik tu byk buah kedondong....

7. Blog yang aku nak tag ??
sape ek nak jwb tag ni..sesapa yg berminat sila emek award ni ok..

kisah farez gunting rambut

isk isk isk..farez anak bujang mummy ni mmg penakut dan penggeli sket kalu nk potong rambut..stp kali potong rambut, mst menjerit2 mcm kene gigit jek..tp pose rituh sng je plak farez gunting rambut..agaknya miss nyonya tu potongkan..kali ni abg mamak yg potongkan rambut farez..ape lgg...jeriitttt...moh la kite tgk gaya farez gunting rambut noh..
mula2 cool jek..memula ingat farez ok la kali ni...tapi sekali bunyi mesin rambut tu trus nangis nk trun dr kosi mamak ni..haih...

farez mula kene pgg oleh papa..kire nk scr paksa la ni..tak psl2 papa pon kene duduk atas kusi mamak ni

ms ni farez tgh meronta2 nk lari dr papa n mamak ni..aduhai anak mummy...

lps tu, no pict available, sbb mummy pon kene pgg farez jugak..tp farez tetap meraung2..mmg da boleh gunting lah
akhirnyaaa
..................

camni lah gaya rambut farez..tepi sempat la seluk, blakang tu sempat la jugak potong..yg tinggal lg, yg bhgn atas tu jekk...emmm mummy pon tak sempat nk aute rambut farez..sbb kat umah pon tak jugak digunting..tgk gunting da lari..so ok tak kalu wat pesen rambut camni jekkk huhu

pssss....camna nk bg anak kite ni relex je bile gunting rambut ekkk???????

fenin dan poster

da 2mgu blog ni berupdate..nape yee..mls kot?takda idea kot?bz kot?fenin kot???bercerita psl fenin ni, mmg le mummy asik fenin je sejak akhir2 ni..stp hari mst fenin, tak siang mlm, tak mlm siang..tak lrt la mummy asik skt kepala jek..pi jupe doc..doc tye tensen o stress ke??aik..bile ms lak mummy tensen..keje biasa2 je la..xda la sampai tensen..tekanan darah ok..so mak mummy kat kg kate, byk2kan berehat n tdo bia cukup n lena..camna nk cukup tdo, lyn kerenah anak2 lg..so bia je la fenin mummy ni..

kalu skang ni kat tmpat kj mmg le mummy tgh fenin utk menyiapkan poster..alahaiii hr ni da bp haribln..poster tak siap2 jugak..no idea laa...isshhhhh...oh ya bln depan mummy de LASAM conference kat kl..present poster je la psl laboratory animal..ahhh fenin2 nk wat poster!!!!

rajin..rajin...mummy.......

Monday, October 4, 2010

Pengasuh Yg Disayangi

al kisah kami kan da pindah ke taman baru..taman tu agak jauh ng rumah sewa kami dulu..otomatik dah jauh ng umah pengasuh anak2; IBU.
memula pindah tmn rituh, niat nk cari pengasuh baru utk farez n fazy..carik2 punye carik, tak jupe..kalu jumpe pon, banyak sgt demand nye..belom pape lagi, itu la ini la...sah2 yg tu reject..mcm tak ikhlas..then koz pengasuh kat area tmn ni, agak mhl..bkn agak mahal, mmg mhl, standard KL gitew.haiyaaa..pening3..

lastly, mummy batalkan niat tu, mls nk pikir, mummy sanggup bgn awal, pi keje awal2 seawal 7 pagi.plg lambat pon kene kua umah kol 7suku pagi.then hantar anak2 ke umah 'IBU', then patah balik pi opis..sempat la punch sblm kol 8pg.kkdg jam jugak kat jln tambun tu..so merah la plak punch..syyy.....
tu la risiko nye lak...
Sbb nya, mummy berpuas ati jg service IBU ni.
*IBU ikhlas jaga anak2 mummy.
*tak byk songeh, tak cerewet,
*mkn minum anak2 mummy tak pernah terabai.ade je die bg mkn.kkdg belikan jajan la,beli kuih2 la..buatkan ns goreng la..
*kesimpulannya tak penah berkira.tak penah die mintak duit nk beli itu ini.tp mummy bwk jugak kuih2, biskut2 kat umah ibu ni.cume ibu ni suke belikan mcm2.
*kkdg2 dibelikan baju untuk anak2 mummy.katenye geram tgk baju budak2..ermm terima kasih IBU.
*stp kali raya,tak kira raya puasa o raya haji, mesti anak2 mummy dpt duit raya dr IBU, n anak2 IBU.
*IBU memang sporting abih.anak2 IBU pon sgt2 sporting.suke lyn bdk2..kkdg bwk naik kte round2 taman.

mummy ni bekerja.so kkdg papa outstation.mummy jarang2 la OS jejauh.cume kdg2 blk lambat.mlm baru blk kalu OS.so kat IBU la mummy tumpang.kkdg mummy n papa de kj ari wiken.IBU jugak kami harapkan.kkdg kami blk kj lambat sbb nk pi tesco dulu beli brg o ke psr mlm dulu.so IBU tak kisah.janji kami maklumkan ;kami lambat sket sbb ade ape2kan.so kalu IBU tak de hal.IBU tak kisah.kalu IBU ade hal, biasa IBU akan bg tahu kami awal2.so kami phm la.kire nya kami saling memahami lah..n IBU tak penah mitak byrn lebih stp bulan.tp mummy phm..mummy ni jenis suka belikan itu ini untuk kluarga IBU.yela, die penat2 jaga anak2 kita kan..kite pon kene la jugak bertolak ansur.n tak boleh berkira.

kire mummy senang lah berurusan ng IBU.boleh tempah kain lansir.potong kaki sluar, potong baju anak2..borak tu dah mcm adik ng kakak.kalu menyoping siap tunjuk brg2 lg..huuu..

ahhh tp tu dulu..skang, adik ipar mummy nk jaga anak2.seben suruh sbb jauh mummy ulang alik p kj.n jauh..ermmm...nangis2 IBU, bile kami maklumkan adik nk jaga.ayyaaa...sampai mummy pon nangis2.ishh sadih2..tp mummy dah jnji ng ibu, in case adik dpt kj tetap o sambung blaja, kami nk anta balik anak2 umah IBU..n kalu de ape2 pon, kami refer umah ibu jugak...

ermmm ... susah kan nk cr pengasuh yg mcm ni..yg betul2 kite percaya.yg ikhlas menjaga anak2 kita.

Friday, October 1, 2010

Contest " Gaya Si Comel Berbaju Raya"

(banner utk contest GAYA SI COMEL BERHARI RAYA.kat sidebar blog mummy pon ada ek)

ermm...nk masuk contest la..tadi singgah2 kat blog babyibu ..then ternampak lak contest best yg dianjurkan..so mummy nk cuba nasib la..so mummy pertaruhkan muka my girl utk contest ni..

ok contest ni dianjurkan oleh babyibu dan azzamoro.

dan penaja-penaja nya adalah seperti berikut:
BabyRuffkins
Gin & Jacqie
Myavenue888
MySuperkids
SecretBargains
Tote Boutique
Tupperwareville
Victoria's Secret Lover
Weego Bottle

so .............ni la muka my gurl di hari raya ari tu...ni 1st time sambut raya ng my gurl n family
NAMA: NUR FAZYA QAIREEN BINTI ZAINUDDIN
UMUR: 10 BULAN
(KATEGORI B)

p/S: harap2 ada lucky kan...jom ramai2 kite masuk contest ni..sesapa yang berminat leh jenguk n ikuti syarat2 contest kat blog babyibu ok..daaaa

Tuesday, September 28, 2010

update pict akibat jatuh katil

hah arini baru berkesempatan nk uplod pict farez gara2 jth katil tu..lmbat pasai card reader ni mcm tak berapa nk function lak..hurmm terpaksa la carik kabel fon..pon satu hal..okla..mls nk cite pnjg psl card reader yg hampeh ni, tgk je mulut farez ni..
actually gamba tak bp clear.tp boleh tgk bibir farez yang hitam tu akibt luka.n bengkak sket sebenarnye..aritu lg bengkak..seksi mulut farez

aik..ni tunjuk apo lak ni..farez kate nk tunjuk rambut cacak skali..hehe

nota lulut: hati2la ng anak2 time depa tido ke main ke.bbdk besa ni mmg la lasak..tido pon lasak.kalu buleh tdo kat bwh jek..dah jth jd mcm farez ni ler..sib baik tak jd pape..hurm...[mummy nangis2 ms farez berdrh2 mulut; tkt jugak jd pape ms tu :( ]

Thursday, September 23, 2010

Nasib baik tak patah hidung

citer psl farez..yg semakin buas..maklumla kunun da besar..alahai anak mak..
kisahnye mlm td memula farez tdo sebelah papa..ntah camna tgh mlm si farez tdo sebelah mummy yg ruang sipi nya mmg da agak sempit..nk jugak menyelit..kalu nk tau si farez ni kalu tdo kemain lasak..ntah camna farez terjth dr katil..kali ni agak seram sampaikan bibir farez luka n hidung bebekas..risau jugak memula tkt bibir terbelah ke ape ke n hidung patah..n ade la kesan tompokan darah di baju mummy.waa..mummy tkt toi..ish nak2 lg tgk ade drh..tp farez nangis kejab jek..
so belek2 mulut farez, tgk keadaan luka..ermm bibir atas da stat bengkak..sih ape nak wat ni.papa ckp pagi nnt,bwk ke klnik pas papa abih meting..sementara tu g umah pengasuh dulu.
then pg td ms nk bwk farez p klink tgk bengkak da surut, luka pon da nmpak camna, upe2nye bibir farez tergigit ng gigi msa jatuh tu..emm sian nyee...so tgk da ok, so tak jd lah bwk pi klinik..tapi kire farez dlm pengawasan kemas lg laa..hee..yelaa takut demam ke ape ke..so td mmg tgk lasak la..main sana main sini..main gusti2 ng feraz..mkn nasi pon lalu..so mummy tak berapa nk risau..
tapi....nyee....mummy tetap salahkan dri mummy, maybe sbb mummy kurang prihatin..biarkan farez tdo kat ujung katil..ermm lepas ni mummy berpada2 n nk lebih secure psl keselamatan anak2...
harap2 pasni takde la jd pape kat anak2 mummy n kluarga mummy kan...mummy syg kat sumer..

ops..mummy lupe la nk amek gmbo farez..lgpon takut sumer bloger takut tgk bibir farez yg tebal tu..nnt la eh..mummy amek k..

Wednesday, September 22, 2010

ishhhkkk...apa nak jadi ni??

ishk ishk isk....
lily wehhh...awat malas sgt ni..actually mommy mrh pd diri sendri ni...sbb nye..
awatla tersgt malas ni..haih...keje ade yg menunggu lg tu..cume tak urgent jek..so jgn mls2 ok!!
agaknye mood raya lg kot..huhu..tak makna nya kan...dah la tu...buek kojo tu..kang da blk umah baru nk pk psl keje...lg takda makna!!!

motif: saje nk motivate diri..sgt mls ni...sgt bosan..aduyaiiii......jom kojo jom...

Tuesday, September 21, 2010

Aidilfitri 2010

tak terlambat lg kan mummy nk wish salam lebaran aidilfitri buat sume..mohon maaf zhr dan btn jua ok..
raya kan sbln heee....
oh ya, cuti raya hari tu, turn kami pulang beraye ke besut, terengganu..tgu raya hj baru turn n9..insyaAllah...indunye kat my family.....hurmmmm
apepon raye kali ni tetap besh n meriah..syukur Alhamdulillah dpt beraya brsama husben n anak2..moga untuk thn2 berikutnya...aminnn
so, tema kiteorg thn ni..coklat..heee...sedondon kan????heeheh

farez n papa

fazy on 2nd raye

Thursday, September 2, 2010

:Fazy:9Bulan:Bisul:

fazy da makin besa tau..da 9 bulan pon kejab jek rase..tp mummy ni pon dulu2 ala2 miss beuty (wahahah perasan), skang pon da makin membesar..ish mencik tau..np la mummy la yg makin membeso ni....aihhh syyyy...citer psl fazy sowang je lahhh ....huhu

da lame rase nye tak hapdet perkembangan anak2 mummy..tak mcm kat fotopages dulu..sury ye anak2 mummy, mummy bz sket aka mls..huhu..pastu camera pon rosak...lg la mummy jd mls nk jd fotografer hehe..lg satu mls nk uplod..ishhh asik mls je mummy ni eh..

perkembangan fazy agak cepat sket kot dr abg farez.maybe sbb anak no 2 cepat blajar dr abg nye..ade geng main la katekan walaupon asik kene buli n asik ngalah jek..emm takpa..sabo ye fazy..tunggu beso sket.seawal 7 bulan fazy da boleh merangkak.masuk 8 bulan da boleh memanjat, berdiri n duduk.masuk 9 bulan ni, duduk pon da makin stabil, da de gg sebtg kat bwh, pastu da boleh lambai2 tangan hai2 bye2..heheh..fazy pon kuat bebel gak..tp de ms die pendiam n nmpak muke seyes jekkk huhu..tp yg paling mummy terkejut, fazy da boleh panjat tangga..terkujat gak ar mummy..dah le umah tu mummy tak beli lg besi penghadang tangga tu.tak sangka la si kecik ni da boleh panjat tangga..nk kene beli copek ni..papa, jom la boli..asik tangguh jekkk...:P
:ni ms fazy 8 bulan.da leh duduk tp ala2 senget lg:

pastu masuk 9 bln ritu fazy da stat meragam..betoi la kate org2 tua..ms bby dulu tak byk ragam, da beso ragamnye..tu la fazy skang..asik nak melekat je mummy sampai mummy takleh gerak lansung..ng papa pon fazy tanak..so besh la papa die kan..huh!.. so tak jd keje la mummy..nk angkat bontut sket pon takleh..kalu fazy tak nmpak o lupe takpe la..tp pastu kompom die akan cr mummy..waaaa..fazy..mummy nk gerak sket pon takleh...

cite psl bisul lak..rabu ritu demam..sok nye baik dah..ptg smlm ms men2 ng fazy terperasan de bisul kat dlm rambut atas kepala si fazy..beso dah..merah nk de nanah sket..mlm tu terus p klinik takut melarat..emm sian anak mummy ni,..patut la demam..tp mummy muskil gak la..camna fazy leh kene bisul ekkk????

OGOS 2010

Bln ogos yg lepas, bulan yg penuh dengan agenda, mcm2 aktiviti, mcm2 plan..dan jugak bulan yg agak penat huhuhu...jom tgk ape bende yg byk nye agenda tu...

1st at all, bulan yg penuh dirahmati..iaitu bulan puasa; Ramadhan Al mubarak..besh toi dpt pi psr ramadhan kan..mkn2, terawih lak..emm..maap la..mummy tak dpt nk pi..anak kecik heee.....
time2 bln pose lak, kami sebok pindah umah ke taman len...biasa la...umah baru, smgt baru, tu yg berkobar2 nk pindah gak sblm raye..huhu..tp penat mmg penat..penat nguruskan umah, bersihkan umah..kemas brg nk pindah..bile dah pindah..nk kene ngemas balik...waa...serik pindah umah tau!!takmo dah ..takmo daaa...ni pon umah bersepai lg...waaaaaaa..opss bwh ni umah nyee yee...ni ms mule2 dpt kunci..yg takda grill tu tau..umah grill putih tu jgn skodeng lak..umah org ....huuu


lps tu, psl keje laa...ntah la..byk sgt kojo nye bln 8 ni..ke hulu ke hilir..ade je keje..sampai mummy nk bkk blog pon tak sempat lahh..ni dah masuk bln 9 rase lega la sket...tu la..dugaan bln pose ek...sabo2..

lps tu balik kg laa..balik n9..umah mak ayah mummy..emmm besh gile..dah lame tak balik..7jam pejalanan jugak lah..tp kali ni ok sbb farez tak muntah dlm keta..petama kalinye dlm sejarah farez tak muntah dlm keta time pejalanan jauh..harap2 pas ni farez tak muntah dah la ek sayang yee..
blk kg, balik umah baru mak ayah kat gemas..tak balik serting dah..then dpt la jupe anak mala...mohammad naufal mustakim nama nyee...

farez pon sebok nk bergamba time mummy nk pgg baby..adik lak tgh tido kat luar

oh yaa...kebetulan ms hari balik ke n9 ari tu: 27ogos; merupakan hari jadi atok farez n fazy..ari semlmnye tu besday farez lak..so ondaway blk tu, singgah senawang carik kek secret resepi...celebrate for 3 person terus lps berbuka hehhee....

kek 3 in 1

antara besday boy; farez sedang meniup lilin..tp tak padam2 jugak huhu..lawak toi anak mama ni..gambo atoknye takde dlm fon mummy..ade dlm fon adik mummy upee nyee..takpe lah atok, len kali mummy update yee..hhehe..si baby naufal lak, takleh mkn lg..mak naufal pon takleh mkn sbb berpantang huhu...

and the last is..merdeka celebration day.yg ke 53.kami sambut kat umah jek..tgk tv., tgk drama n cite2 sejarah melayu..tp mummy mmg frust tak dpt tgk cite HATI MELAYA...sbb farez meragam ms tu nk berdukung n pelok je dlm bilik..sib baik mummy penah tgk cite tu..mmg besh, sdh, n menimbulkan semangat kemerdekaan dlm jiwa...ape pon...mummy berbangga menjadi rakyat Malaysia, berbangga n kagum ng tokoh2 perjuangan kemerdekaan negara kite..
I LUV MALAYSIATANAHAIR KU


Tuesday, August 24, 2010

pindah taman

pengumuman...cewaahh ngengada nk wat pengumuman lak...
mommy dah pindah ke taman lain ye?? still di ipoh jugak..dulu di area bercham, bandar baru putra, skang mommy da berhijrah ke taman rapat permai..area ampang ipoh..pindah ari ahad ari tuh..tgh2 bln pose..mmg la sgt letih aduyaiii..nk wat camna..nk pindah gak sblm raye takut kelam kabut nnt...
ni pon barang2 bersepai lg kat umah..tak kemas lg..urmmm..ade yg volunteer nk kemas kan kee...heheh...roger je lah ek huhu
sebok kat umah yg amat sgt..bile pi kj lg la jugak sebok...aduhai..redha jelah..np la cebok2 bln pose ni...dugaan3...

Wednesday, August 18, 2010

kanak-kanak Dan penyakit buah pinggang

ermm penah dgr tak kanak2 kene peyakit buah pinggang??1st time mummy dgr mmg sgt terkejut..ni anak kwn mummy yg berumur 4 tahun..hampir seminngu lebih kene warded disebabkan buah pinggang..bile dgr dr kwn2, mmg mummy terkejut, tertanya2 n sedih..so minggu lepas, mummy pi melawat sendri di hosp ipoh.memula mummy msg kwn mummy tu tye anak da sihat o masih di hospital..die ckp anak die baru tranfer ke wad P.I.C.U dr asalnya wad kanak-kanak..ish lain mcm kan bunyi nya..lagilah mummy berdebar2..wpon bukan anak sendri, tp mummy cukup sensitif psl kanak2 ni. then kate kwn mummy lg, hanya boleh masuk sorang2 je dlm wad ni n kanak2 not allowed.

so takpa la..jam 1 th jek; time melawat, hubby tgu dlm keta wiz anak2, mummy naik sorg2 utk mlawat.
oh ya, nama pesakit ni alya..so bila tgk je alya, mummy rase mcm takda2 sgt yg nk dirisaukan..die sweet, lincah n aktif jek..so mummy alya ckp, b4 masuk wad ni, mata die bengkak..mmg bengkak sangat la n sepet..mummy de tgk gamba ms muke alya ni bermata bengkak..sgt kesian..bile pi jupe doc, doc terus test urin n bad new from that...-refer hosp koz urine problem...lps smgu di wad, mkn ubat steroid n test urin, mkn ok, mata pon da ok..tp sehari sblm mummy nk pi mlawat tu, alya muntah2 n demam..so terpaksa dipindah kan ke P.I.C.U...tp alhamdulillah, alya da makin ok..n dgr2 dah nk kua spital tak lama lg..cume rawatan di rumah masih perlu diberi selama beberapa bulan iaitu ubat steroid n test urin alya stp hari..hurmmm..lega hati mummy...mudah2an alya cpt baik n terus baik...

n mummy berdoa sgt agar dijauhkan segala penyakit dan kesakitan daripada anak2 mummy..moga Allah lindugi kluarga mummy..aminnnnn....

ini lah alya.. sweet gurl

Friday, August 13, 2010

Dugaan bln Ramadhan

dugaan tidak lah sebesar mana..alhamdulillah, Allah masih sayangkan kami sekluarga..tidak diberikan dugaan yg hebat2 spt sesetgh umat lain..alhamdulillah sekali lg..dugaan yg dimaksudkan..ialah letih,penat, sakit kepala, pk psl keje n mcm2 lah...pd mommy tu lah stakat ni dugaan nyee..
sume org letih kan, nak2 bulan pose ni, ng pns nyee...tp kene la jugak tempuh segala nya..kene la pose ng redha nye kan...

ni baru hari ke 3 umat islam berpose, tp mommy rase penat sgt, sblm ni mommy ganti pose jugak tp tidak la sepenat ini..dugaan kan..so rutin mommy hari2 bln ni, pg2 bgn kol dekat kol 5 pagi (tu pon agak liat huhu), siap2 sahur..pas sahur terus siap2kan dri nk pi keje..siap2kan anak..anta anak pi umah ibu..terus p kj..oh ya bln pose ni mommy masuk keje kol 7.30 pg..so mmg agak rushing lah..ms nk pi kj tu, umah mmg tak sempat nk setel sepenuh nyee...bia lah, hehhe kang lmbt masuk kj lak..

so 7.30-4.30 time keje, keje mcm biasa, takda nk ringan2 ke rehat byk kee..yg pasti nye, kj ade je ..n mcm2 nk kene setel, ng sakit kepala..emm biasala...dugaan...
balik kol4.30 tu terus rushing blk umah, nak msk la..kuih beli jek..msk ns n lauk2 sket..pastu baru pi amek anak kat umah ibu..mandi2, siap2kan anak then berbuka..mlm makcik tak pi terawih la, sbb anak2 kecik2..heheh..ce waaa..alasan kan...mlm tu lak kemas umah, basuh pinggan, kain, lipat baju n mcm2 lah kj umah ...
tp kol 9 tu mata mommy ni mcm da kene gam..ngantuk sgt..aduhaii letih2..kalu anak2 tdo awal, boleh la mommy tdo..kalu idakk, baring jek depan tv mcm ulo sawo..huhu..camna tak gumuk..tp yg pasti nyeee..mommy letih sgt.......aduhaiiiii..sabooo je laaaaa...harap mommy lebih tabah  hehehe
ni mommy yg da melepek di petang harii...huuu