Saturday, September 19, 2015

Sarapan mudah dan simple: roti sosej bunga, garlic bread dan mushroom soup

Sarapan mummy pagi tadi..simple, mudah dan mengenyangkan.sesuai la bagi tak suka ambil sarapan yang heavy pepagi.ala ala makan kat pizza taw. Roti tu sapu atas dan bawah dengan garlic spread.bakar sekejab dalam oven. Mushroom sup tu mummy beli instant je..hehhe..sesapa yg pandai buat mushroom soup lg baik kan.. :)
Yg ni selepas digoreng.goreng sekejab je taw..laju je anak2 mummy mkn :)

Resepi roti sosej bunga:

1. Sosej direbus terlebih dahulu. Tidak terlalu lama sejukkan dan potong nipis 3 hirisan utk satu sosej tu
2. Roti dibuang kulit tepi.potong 4 atau 3 secara memanjang.lenyekkan bagi roti tu nipis
3. Ambil 2 bahagian roti. Cantumkan roti yg telah dipotong.lekatkan dihujung roti dengan telur putih.so akan jadi roti tu memanjang.paham x heeèee
4. Then barulah digulung dgn hirisan sosej tadi n lekatjan roti dengan telur putih td.agar balutan tidak terbuka
5. Goreng sekejab dengan api yang sederhana
6. Dah siap, sedap di makan dgn sos.. yummy!!!


28 weeks pregnancy: oh, makin berdebar

Mummy da masuk 28 minggu, means da 7 bulan..waa cepat masa berlalu kan...mummy da rasa agak seram sejuk... 12 weeks to go.. hurmmm berdebar sungguh
Sekarang ni pening nk pegi keje sebab takde baju nak pakai..mummy tak banyak baju preggy kot..baju jubah2 biasa je..sekarang banyak yang tak muat sebab mummy da debab..tgk la muka..penuh macam pinggan ..bak kata ayah mummy :(
Perut mummy yang da macam sarat...hurm kali ni prt cepat betul boroi nya hehe
Close up sket baby kat dalam ni...sayang tengah buat apa tu yeee..men netball ke football?? Hehe ...what gender inside huh.... :*
Supplement wajib mummy ambil setiap malam..kalau tak, sakit pinggang berbisa mummy alami..add nye oste ni, mmg buat mummy lega..tdo pon lena, tak lena sebab asik nk terkucil jekkk haih.... :)


Tuesday, September 15, 2015

Kek sedap dan mudah :Kek Microwave

Kek nya gebu dan lembut.lagi moist dari bakar.sedap sangat la..

Jom kita buat kek yang sangat2 mudah dan yang penting sedap dan menjadi.tak perlu nk putar bagai..kek microwave ni sesuai sangat buat time lapar2 kek yang nak makan cepat..

Jom tengok resepi yang mummy buat ni:

8 sudu besar serbuk koko/milo (mummy buat 4 sd besar milo n 4 sd bsr serbuk koko)
8 sudu besar gula castor
8 sudu besar minyak masak
6 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder

Cara :
1. Gaulkan je semua bhn tadi hingga sebati. Guna sudu je
2. Masukkan dalam loyang or mangkuk. Mummy griskan juga dgn marjerin pada dasar loyang.
3. Masukkan dalam microwave. Selama 8 minit.

* ada setgh microwave yang ade power level.kalau ada rs nya set suhu yang tertinggi.mcm mummy power level paling tinggi 100. Kalau yang takde tu, lg senang tak payah pk2, set je 8 min.jika tak msk lagi kek tu, adjust tambah masa lagi. So bergantung pada kecanggihan microwave masing2 la ye... dah apa lagi, jom la test kek mudah ni :)