Monday, May 7, 2012

Erti Kemerdekaan & Erti Bersyukur

just untuk remember to all...ni mmg subjek yg kite da blaja sejak zaman sek lg..then sentiasa diulang2 di kaca tv dgn info..cerita..sejarah..filem...semua utk untuk menyedarkan kite betapa susah nye negara kiter berjuang untuk mencapai kemerdekaan..tp rakyat skang seolah2 alpa..taksub..riak dan xphm ng sejarah..blaja tu blaja tp tak tangkap dlm kepala otak pengertian dan pemahaman..korang search la sendri camna kite leh merdeka ng lebih detail..lgpon dulu da blaja kan...ni serba sedikit info psl negara kite mencapai kemerdekaan..

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 


Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. 


Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.


“Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka”. laungan Tunku Abd Rahman pada 31 Ogos 1957.

bkn nk kate mummy tere sejarah..sejarah ms spm dulu cukup mkn jek..tp mummy phm sensetiviti negara kite..perjuangan tok nenek kite..dan pemimpin2 ngra kite..

so mummy paling tak suke bile dgr org merungut..atau org yg terlalu mengondem kerajaan..cth situasi:

1)'akak kalu boleh nk pergi prhimpunan bersih 3.0 tu..sib baik jauh'...semangat akak ni berkata2..sedangkan peg krjn..then die cerita plak...'akak geram betoi anak2 akak sume tak dpt bantuan sek..sek lain sume dpt..knp sek swasta tak dpt?..sib baik aritu..merayu2, akhirnye dpt jugak bln 4 seratus sorg tok sek swasta' aih akak ni..td kemain nk pi perhimpunan bersih tu..tp nk jugak tu dptkan duit bantuan anak sek??? bile da dpt bln 4 aritu, tanak bersyukur plak...siap ckp lg ' org lain sume dpt bln 1..sek swasta jek dpt bln 4' ......hurmmm?!!!!xxxx!!!!

2)mengutuk gomen kaw2 punye...salahkan org tu..salahkan org ni...marahkan kakitangan krjn...tapi......bile bantuan BR1M, peruntukan utk felda, n penurunan harga minyak...dan mcm2 segala kemudahan yg gomen beri, amboi...kemain isi borang, beratur awai2 nk terima duit, tak saba nk tunggu peruntukkan dan baget negara dari PM...bile da dpt..bukan nk tau bersyukur n berterima kasih...tp boleh ckp...'aku ambil jek...dah org nak bg.bukan nye aku sokong pon gomen ni'...haih..so sad org yg mcm ni


3)hakikat dri sendri, adik beradik, n anak beranak: ms belajar dulu sapa yg tolong untuk yuran pengajian, biasiswa ke......bile da abih belajar, kemain lg noh......

ok, tu hak masing2 la nak mengundi siapa, nk sokong siapa, tp...pls..jgn la taksub sangat, jgn nak menghina sangat...pandang lah kaki kite, kiter bertapak di mana..mummy pon tak suke la sgt politik2 ni...n ade org2 atasan ke pemimpin yg ok tak ok..tp kiter sbg rakyat boleh pilih pemimpin kite..jnji membawa kepada kebaikan rakyat dan negara..hal2 politik sume tu tak yah pening2 pk...jnji negara kite aman, rakyat makmur

No comments:

Post a Comment