dlm ms 5 ari tu, baby memang ade kuning sket, wpon tak tinggi tp baby tetap kene duk bwh lampu UV tu, sbb doc kate risiko nye nk dpt kuning tu tinggi. dlm bilik mummy ade 3 org baby yg ade G6PD..so byk la yg kami kongsikan...
ekcely, mummy tak bp terkejut bile doc ckp baby ade G6PD..sbb adik ke 5 mummy, si faiz mmg kene G6PD..then, sepupu sepapat ramai jugak yg kene...umm...keturunan eh? cume, mummy tak reti nk handle lah..terus tepon mak, n mak lah sumber rujukan yg paling dekat utk tye mcm2 psl pntang larang bdk yg ade G6PD ni..so leps ni ni, mummy n sefamli mmg byk kene pntg larang di rumah, kene berjaga2 n beringat2...tanak la apa2 jadi kat anak mummy tanpa pengawasan....risau jugak...
so ape itu G6PD? meh kite share info...
G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase)
merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah
merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah
apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit.
Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi
lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami
kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi
hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh
menghasilkan proses homolisis di dalam darah.
Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil
untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin
dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat
jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap
bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi,
permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa
bayi tersebut.
Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.
Anagelsik & Antipiretik :-
Asetanilid
Asid Asetilsalisilik
Aminopirina
Antipirina
Fenasetin
Antimalaria:-
Klorokuina
Pamakuina
Pentakuina
Plasmokuina
Primakuina
Kuinakrina
Kuinina
Kuinosida
Nitrofuran:-
Furaltadon
Furazolidon
Nitrofurantoin
Nitrofurazon
Sulfonamida:-
Asetilsulfanilamida
Sulfisoksazola
Sulfametlsipiridina
Sulfapiridina
Sulfatiazola
Sulfon:-
Dapson (DDS)
Sulfokson
Ubat Lain:-
Dimerkaporl
Metilena Biru
Asid Nalidiksik
Orinase
Asid Para-aminosalisili (PAS)
Fenilhidrazina
Kuinidina
Vitamin K
Makanan Yang Mudah Menyebabkan Homolisis:-
Kacang Parang (Fava Bean)
Lain-Lain:-
Ubat Herba Chuan Lin
Ubat Herba Ngau Wong
Ubat Gegat (bayi dilarang memakai pakaian yang terdedah kepada ubat gegat atau menghidu ubat gegat)
Apa akan berlaku kalau
termakan makanan atau ubat-ubat tersebut?
*
Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
Air kencing berdarah atau berwama teh pekat
Demam dan pucat
sesak nafas
Penting
Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan
G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi
mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di
atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui
mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap
mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat
tersebut.
Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami
kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan "rantai perubatan" yang
menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika
berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri
doktor yang merawatnya..emmm...buat ms skang mummy tak berani lg nk makan jamu2 herba ni...sbb kuning kat baby ade lg..tgu la dulu..lgpon risau nk mkn..nk mkn o buat apa2 skang pon, dok pk anak...ade kesan tak kat baby...
oh ya, nes pesan, nila, ubat nyamuk, ubat myk cap kapak pon kene jauhkan dr baby..jgn bg baby bau...
arap2 mummy sekeluarga beringat sume ni..InsyaAllah..smoga urusan anak mummy dipermudahkanNya.Glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency
No comments:
Post a Comment