Sunday, May 8, 2011

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul nya

takziah diucapkan buat keluarga dan terutamanya Pn azleela yang kehilangan 3 org anaknya serentak...
Ya Allah...sebagai kaum ibu, mummy sgt memahami hati pn azleela buat ms ini..mummy sentiasa menunggu berita dari srt khabar mengenai kehilangan anak perempuan beliau berumur 2 thn yang masih tidak dijumpai akibat dibawa arus deras ketika sedang mandi di kawasan air terjun hutan lipur ulu bendul, n.sembilan pada 4mei 2011 jam 5 ptg. 2 org kakaknya turut lemas tetapi telah dijumpai pada pagi 5mei lepas oleh pasukan penyelamat.

 setiap kali baca berita mengenai peristiwa itu, air mata mummy pasti bergenang..sedih mengenangkan ibu yang kehilangan anak secara tiba2, sedih kerana anak nya masih tidak dijumpai. dan hari ini, dalam berita harian muka hadapan, dipaparkan pn azleela turut mencari anaknya sendiri meredah air, mencari ke semua pelosok yang kalu boleh rasa nya ibu ini ingin menyelam mencari di semua tempat agar anak nye di temui..tapi akan daya kudrat dan tenaga ibu..Allah lebih mengetahui dan berkuasa... Ya Allah, engkau bantu lah ibu ini ya Allah. kau temukan lah anaknya yg hilang itu Ya Allah..kuatkan lah semangat ibu ini...sesungguhnya kami hamba mu yang lemah..

mummy berharap, pn azleela tabah dan kuat mengharungi dugaan ini. sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan menyayangi anak2 ini. alfatihah buat Nursyaza Alisa, 5, dan Nursyaza Azera, 4. marilah kita sama2 berdoa agar Nursyaza Sakinah, 2 thn ditemui..amin amin ya rabbi alamin.....

3 comments:

  1. Ya Allah Lie....x th nk kata apa...
    seriau baca entri ni..
    mcmana la kt kalo dok tmpt ibu ini..huhu..

    Hanya Allah yg maha tahu yg terbaik buat hamabaNya kan...

    Alfatihah buat arwah anak2 kecil..semoga brbahgia di taman syurga....

    dan semoga ibu mereka tabah...

    ReplyDelete
  2. Kalau aku ditempat ibu dia entahla nak cakap..tak tau boleh hadapi atau tak...sebak sangat, anak hilang dlm sekelip mata...

    ReplyDelete
  3. sha n yana-
    sedih kan..aku pon tak sekuat itu..
    mohon dijauhkan bencana kpd keluarga kite..
    n sama2 lah kite sedekah an fatihah kepada arwah
    n berdoa smoga anak nya ditemui segera..
    harap ibu nya tabah dan kuat...

    ReplyDelete