Tuesday, March 29, 2016

Mango Cheese Cake

Mango Cheese Cake




Bahan base:
200g biskut marie
100g butter
Bahan-bahan filling creamcheese:
250g cream cheese
60g gula castor
2 biji mangga (1 biji dipotong dadu, 1 biji untuk dibuat puree mangga)
200ml whipping cream
1 ½ sb gelatin
125ml air suam
Bahan topping:
Puree mangga
50 ml air suam
1 sb gelatin
1sb gula castor

CARA-CARA

Buat base:
-          Cairkan buuter (double boil)
-          Then gaul dengan biskut marie yang telah dihancurkan
-          Masukkan di dalam Loyang (sy pakai 9 inch), dan tekan2kan dan padat2kan
-          Masukkan dlu dlm fridge. Sementara tu boleh la buat filling creamcheese
Tips: untuk dapatkan base yang tidak pecah or berderai;
1.       Semasa gaullkan kepalkan campuran biskut marie tu, biskut marie tu boleh dikepal2kan dan tidak berderai
2.       Betul2 padatkan base biskut marie tu ke dalam Loyang tau.jgn tekan manja ye hehe

Filling creamcheese
-          1 ½ sb gelatin dilarutkan ke dalam 125ml air suam.dan ketepikan
-          Putar whipping cream hingga kental & ketepikan. Nak senang, putar whipping cream yang betul2 kua dr fridge
-          Dlm bekas lain, putar creamcheese dan gula castor hingga berkrim.then masukkan separuh puree mangga . gaul rata
-          Masukkan whipping cream td ke dalam adunan cheese. Gaul guna spatula.
-          Then masukkan pula adunan gelatin td. Gaul rata.
-          Masukkan pula potongan mangga .
-          So dah boleh masukkan kedalam Loyang.
-          Simpan dalam fridge

topping
-          1sb gelatin + 1 sb gula castor dilarutkan ke dalam 50ml air suam.dan blend
-          Bila kek da sejuk dan agak kukuh, bolehla tuang puree mangga di atas sekali
-          Dan simpan semula ke dalam fridge
-          Siap..senang kan..selamat mencuba J


      sedap, memang sedap tak terkata..nak nak makan waktu musim panas ni..mmg rasa sejuk di tekak..mmg marbeles la rasanya...dah lama tringin nak buat..so bila da jumper resepi yg mudah ni terus buat..sah sedap dan menjadi...emmmmm sedappp nya..tp dah abih la plak kene baham huu



No comments:

Post a Comment