Thursday, October 27, 2011

Punca Pembedahan Ceasarean


Faktor yang berpunca daripada bayi


1. Lemas
Ia merupakan salah satu indikasi yang paling sering berlaku. Doktor dapat mengetahui bayi lemas melalui pemeriksaan CTG iaitu alat yang dipasang untuk mengesan aktiviti jantung bayi. Daripada pemeriksaan jantung yang dilakukan, ia boleh menentukan bayi lemas atau tidak.

Selain daripada itu, ia dapat dikenal pasti melalui warna air ketuban. Jika warnanya jernih bererti tiada apa-apa masalah. Namun sebaliknya jika ia berwarna kuning kehijauan cair/ pekat/ sangat pekat. Ini kerana najis bayi (mekonium) sudah pun dikeluarkan. Jika warnanya merah pula itu bererti uri telah lekang.

2. Cephalopelvic disproportion (CPD)

Diagnosis true CPD berlaku kerana nisbah kepala bayi dengan tulang punggung ibu tidak sepadan akibat daripada keadaan tulang punggung ibu sememangnya kecil sejak dari azali, berpunca daripada penyakit yang menyebabkan tulang punggung kecil atau mengalami kemalangan. Bagi diagnosis relative CPD pula, tulang punggung ibu normal namun kepala atau saiz bayi terlalu besar untuk melaluinya.

3. Saiz besar

Biasanya berat bayi yang melebihi 4 kg perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean kerana dia terlalu besar untuk dikeluarkan melalui kelahiran normal.



4. Kedudukan

Apabila berhadapan dengan masalah kedudukan yang tidak normal sama ada melintang atau songsang, caesarean merupakan pilihan yang paling biasa diambil oleh doktor untuk mengeluarkan bayi dengan selamat biarpun anda masih berpeluang melahirkannyasecara normal.

5. Pembesaran terbantut (Intra Uterine Growth Retandation atau IUGR)

Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Sebagai langkah keselamatan, pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengeluarkan bayi bagi mengelakkan sebarang komplikasi kelahiran.

6. Cacat

Untuk pengetahuan anda, tidak semua ibu yang mengandungkan bayi cacat perlu melalui pembedahan caesarean. Ia khusus untuk bayi yang mengalami masalah hydrocephalus.

7. Kembar

Bagi yang mengandungkan kembar dua, anda masih boleh mencuba untuk melahirkan bayi-bayi secara normal (bergantung kepada kedudukan bayi). Namun, sebaliknya jika anda bakal melahirkan kembar tiga atau lebih daripada itu.

8. Tali pusat bermasalah

Bagi bayi yang menghadapi apa-apa masalah berkaitan dengan tali pusatnya, tidak kira sama ada tali pusat terkeluar, terbelit dan sebagainya, pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengelakkan komplikasi ke atas bayi.



Faktor yang disebabkan oleh ibu

1. Masalah kesihatan

Sekiranya anda disahkan menghidap darah tinggi, kencing manis mahupun sakit jantung yang tidak terkawal sewaktu hamil, maka pembedahan caesarean yang bakal anda lalui adalah secara elektif. Hal ini kerana masalah kesihatan yang dihadapi boleh menjadi lebih buruk jika anda berhasrat untuk bersalin secara normal.

2. Pembedahan lebih daripada dua kali

Maklumat penting untuk yang pernah melalui pembedahan caesarean lebih daripada dua kali ketahui ialah anda tiada pilihan lain selain melahirkan bayi secara caesarean kerana doktor bimbang parut pada rahim akibat pembedahan lalu akan pecah atau koyak.

3. Masalah uri

Biar apa pun jenis masalah uri yang dialami (placenta praevia, placenta abruption dan sebagainya) anda perlu melahirkan bayi secara caesarean bagi mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu melahirkannya.

4. Rahim pecah (uterine rupture)

Sekiranya anda tergolong di kalangan mereka yang mempunyai anak yang ramai, ataupun pernah membuang ketumbuhan fibroid, anda berkemungkinan besar untuk melalui kelahiran bayi secara caesarean kerana risiko rahim pecah. Sama juga halnya dengan mana-mana wanita yang gemar menggunakan pencetus kontraksi sama ada air selusuh berasaskan herba seperti genggam Fatimah, anda berisiko tinggi untuk mengalami rahim pecah lalu sebagai langkah keselamatan, anda perlu menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi.

5. Proses pelahiran panjang

Dalam proses pelahiran, terdapat dua fasa iaitu latern (rahim dan aktif (mula 3sm - 10sm yang mengambil masa 7 jam). Jika anda melalui proses pelahiran lebih daripada 7 jam, ia dianggap sebagai proses pelahiran panjang. Jika keadaan mendesak, maka pilihan yang anda ada ialah bantuan kelahiran dan pembedahan caesarean.

3 comments:

  1. hurggghhhhh ngile seyhhh aku tengok gambo tuh..heeee

    ReplyDelete
  2. aku pon jd seriau..patut la sakit nye lame...emmm pengorbanan seorg ibu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, moga dipermudahkanlah hambamu ini untuk bersalin normal nanti...semoga semuanya selamat dan sihat...amin....

    ReplyDelete