Wednesday, July 20, 2011

Petua nak ubati cirit birit / diarrhea

aii..da 2 hari berturut2 mummy alami diarrhea..or kata yg paling sesuai cirit-birit..so apa kate kite cube petua2 yang ada selain makan ubat ni....

1-Buatkan air teh o pekat tanpa gula dan minum, insyaAllah cirit birit akan hilang
2-Ambilkan satu sudu tepung gandum dan segelas air suam, selepas itu campurkan satu sudu gandum tersebut ke dalam air suam dan kacau sehingga tepung gandum tersebut larut. Selepas itu pastikan tepung gandum yang tak sebati itu mendap terlebih dahulu sebelum minum.


3- Ambil beberapa helai daun serai kayu (daun salam) yang masih segar.Bersihkannya dan rebus sampai mendidih.Bila dah mendidih, tapis air rebusan tadi ke dalam gelas. Tunggu hingga ia suam. Minum ia secara perlahan-lahan. (yg ni mcm payah sket bg mummy kot. kot mummy ni payah sket nk mengenal2 pokok ni..ingat jgn salah pokok tau..kang lain jadi nye..jadi 'kuat' plak kang kehkehkeh)

4-ambil daun jambu batu pucukya... rebus n minum airnya..or boleh jugak ambil beberapa helai daun jambu muda, ramas dengan kapur sirih sehingga lumat..then sapukan pada perut.

5-tu sume petua tradisional or petua org lama la..rasa2 ubat cirit yg paling glemer n berkesan..apa lg kalu bukan pil chi kit teck aun..tp sekali makan kene makan satu bungkus tu kasik abih sume...

okla tu aje ..mummy ade seacrh petua2 ni..kat link ni, sgt banyak petua utk sume2 mslh/penyakit..leh try ni kan...daa~~~

No comments:

Post a Comment