Wednesday, December 22, 2010

Migraine & Homoeophaty

sejak akhir2 ni mummy slalu sakit kepala..sejak bersalin anak ke 2.tp lately, da 3 bulan mummy asik sakit yg berpanjangan dan kerap.da byk doc mummy pi, memula kate stress keje..sbenarnye, takde la plak mummy stress keje ke hape..bile da semakin kerap n berpanjangan, doc ckp maigraine..tp sume ubat mummy mkn sume tak berkesan.ubat yg diambil hanya utk melegakan kesakitan utk sementara..lastly, da 3bulan sakit berpanjangan, mummy pon cuba rawatan homoeophaty..emm skang masih dlm peringkat percubaan..harap2 lah menjadi ek..biol da kepala mumy ni asik sakit jekk huhu


migraine biasa nye terjadi sebelah kepala je..tp jika keadaan terlalu teruk, leh membawa kepada due2 belah kepala

so meh nk share info migraine n homoeophaty ni k

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.




Classic Migraine


Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.


Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.


Common Migraine


Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.


Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.


2) Hormone
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.


3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.


Cara mengurangkan kesakitan migraine :
Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.
Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.
* tapi biasa nya mummy mkn ubat jek sbb da tak thn  sgt hehhe

Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan. Disebabkan bahan untuk membuat ubat Homeopathy adalah berasaskan herba, ubat Homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.


so mummy sedang mencuba ubat2an homoeophaty ni..actully homoeophaty ni menyingkirkan2 toxin2 yg berlebihan di dlm bdn kite ni.membetulakan saluran drh dan saraf agar sistem bdn kita dpt berfungsi dgn betul.em tu apa yg doc homoeophaty terangkan pada mummy lah..
cara mkn ubatnya plak ialah tak boleh guna tgn n sudu besi.sudu plastik takpa..then kene mkn 1/2jam sebelum mkn..kire nya mkn time perut kosong..so resultnya, kene tgu smgu la ek..so far smlm mummy da rasa kurang skit berbanding ari2 sebelum ni....alhamdulillah...:P

2 comments:

  1. aku rasa aku common migrain...takleh makan lewat..takleh minum bekafien dan yg tersenaraila...sekali tekene huh alamatnya berair2 la mata..

    ReplyDelete
  2. kalu minum nescafe lg parah...tp aku suke air itewwwww.......

    ReplyDelete