mmg sejak farez 3+ dah dihantar ke speech therapy bermula mummy perasan farez masih ckp bhs sepnyol. n dc buat refer ke pead seterusnya ent. antara yg diikuti sehingga skrg adalah speech therapy..ramai kwn2 ckp, laaa nape hantar sana? ade mslh kah? ala, biasalah lambat sket ber ckp o pelat..o mcm2 lah...n kebanyakkan nye berbaur like mendown kan mummy..tp, ade mummy kisah.. n mummy tak penah malu nk bgtau anta anak ke speech therapy..hanya org2 tak phm n suke kondem org je akan berckp byk..betul tak?
tp apapon mummy berbangga sbb mummy sdr dr awal dan itu pilihan yg diberi. sbb nye speech therapy ni mcm play group antara murid dan teacher.free koz GH. n pead n dc2 mmg tumpu pd anak kite n berusaha utk memulihkan perkembangan anak kita. 1 to 1dlm ms sejam.dc akan brmain dgn anak kite dlm bentuk play group, ajar mummy mcm mn nk playgroup n kembangkan pertuturan anak serta iQ anak.
stp kali sessi mesti farez akan diajar lesson baru yg sememangnya mummy tak penah tahu teknik yg diajar. stp kali mummy balik dr sessi, ramai kwn2 mummy yg tnya, apa lesson hr ni..bile mummy story sume nk praktiskan pd anak masing2..
so dc da semakin puas hati dgn pertuturan farez, so skrg dc fokus utk hilangkan pelat farez n ajar bagaimana nak gerakkan motor IQ nye agar lebih laju berdesup..hahha
so antara lesson hari ni:-
1- ulang balik perkataan yg melibatkan 3 suku kata spt al ma ri . ke re ta, sem bi lan etc.. sbb farez suke buat short cut stp perkataan..tp mestilah bergamba n tulis suku kata yg berlainan warna atau di higlight.
2- perbandingan spt tgi rendah, gemuk kurus, pnjang pendek, hadapan belakang dll.. secara teori of kos bergamba n playgroup iaitu ajar secara bermain. cth; tgn kanan pegang objek yg berat n tgn kiri pgg objek yg ringan.. biarkan die sebut n tentukan bagaimana.. tp harus dlm soalan dan perbualan...yang mana kereta berat? knp kereta tu berat sebelah kanan? penat ke etc.. so dgn cara ni, kite ajar die perbandingan dan galakkan berbualan agar die boleh buat ayat dan berfikir.
3-playgroup
1 arahan utk 3 objek. cth ambilkan mama 3 barang iaitu......... dan biarkan die cari..arahan perlu dlm betuk ayat dan tak boleh sebut satu2 objek..jika tak dpt perlu repeat semua soalan td.
2/3 arahan utk 2 step / 3 step..cth: ambil stiker no 1. dan lekatkan pada gamba mata, hidung dan kaki.
atau ambil stiker 2 dan lekatkan pada gamba kereta, dan ambil stike no 3 dan lekatkan pada gamba kucing.
* tujuan : agar die mudah faham arahan yg pnjang n boleh buat serentak & agar IQ nye bergerak
4- S
farez pelat S,so belajar bunyi S dulu dlm btk permainan, dan sebut hingga lancar sa se si so su. then baru boleh ajar suku kata yg ada s
5- nombor
belajar nombor dengan objek secara mengira. cth: beri mama 6 batag pencil. so anak perlu ambil 6 btg pencil secara tepat dan dipadankan dgn no atau objek bergamba.
so itu sj lesson hr ni..n mummy perlu praktiskan di rumah dgn farez n mummy aplikasikan pada fazy. yv penting perlu kreatif agar anak tak bosan. ok?
just sharing to all parent ...
Biasanya bayi yang baharu dilahirkan sering terjaga daripada tidur pada waktu malam. Ia sesuatu yang normal, tetapi menjelang usianya 6 bulan, ada bayi yang boleh tidur lena sepanjang malam tetapi ada yang terjaga dan perlu ditidurkan semula.
Pun begitu, keperluan tidur antara seorang bayi dengan yang lain tidak sama.
Tidur bayi baru lahir hingga berusia 3 bulan - Bayi dalam lingkungan usia ini memerlukan tidur antara 16 hingga 20 jam sehari dalam jangka masa antara satu setengah jam hingga lima atau enam jam setiap kali pada siang hari. Ketika ini, waktu makan dan tidurnya akan bersilang. Ada bayi yang tidur sepanjang malam apabila mereka berusia 4 atau 6 minggu tetapi itu bukan kebiasaannya.
3 hingga 6 bulan -
Daripada usia tiga hingga 12 bulan ke atas, bayi akan tidur antara 14 hingga 15 jam secara keseluruhannya. Mereka cenderung untuk tidur antara enam hingga lapan jam pada waktu malam dan akan terjaga sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh waktu itu dan perlu ditenangkan, disusui sebelum dia tidur kembali. Bayi akan tidur sekejap (nap) antara sejam hingga dua jam pada waktu pagi, tengah hari dan petang.
6 hingga 12 bulan -
Kanak-kanak dalam usia ini selalunya tidur sekejap, iaitu dua kali dalam tempoh tiga hingga empat jam dan akan tidur untuk 11 jam pada waktu malam. Jika mereka tidur selama 12 jam pada waktu malam, adalah mencukupi mereka tidur sekejap untuk sejam ketika waktu pagi dan petang.
1 hingga 3 tahun -
1 hingga 3 tahun -
Selalunya mereka tidak lagi tidur sekejap pada waktu pagi. Waktu petang pula mereka juga akan tidur sekejap dan selalunya bertahan untuk tiga jam saja. Jumlah masa tidur mereka yang diperlukan ialah antara 10 hingga 13 jam tetapi faktor lain selalunya mengganggu kualiti masa tidur mereka seperti menggigau atau sakit gigi.
3 hingga 12 tahun -
3 hingga 12 tahun -
Pada usia ini tidur sekejap jarang dilakukan dan jangka masa tidur pada waktu malam juga menurun sehingga 12 jam untuk kanak-kanak pra sekolah manakala 10 jam untuk kanak-kanak pra remaja.














