Wednesday, March 27, 2013
Berapa banyakkah susu yang diperlukan oleh baby anda
Umur Bayi Anda Bil penyusuan sehari Jumlah susu setiap kali penyusuan
0-1 bulan 8 60 ml
1-2 bulan 7 90 ml
2-4 bulan 6 120 ml
4-6 bulan 6 150 ml
Makanan Pelengkap
Apabila bayi anda bertambah besar dan menjadi lebih aktif, keperluan tenaga dan pemakanannya juga bertambah. Susu ibu sahaja tidak lagi dapat memenuhi keperluannya apabila si manja mencapai usia 6 bulan. Pada usia ini, bayi anda memerlukan makanan tambahan (makanan pelengkap) selain daripada susu ibu untuk membantu membekalkan tenaga dan nutrien lain yang diperlukan seperti zat besi, zink dan vitamin A.
Makanan pelengkap membekalkan satu pertiga (32%) daripada tenaga yang diperlukan oleh bayi anda apabila mencapai usia 6-8 bulan dan meningkat hingga hampir separuh (44%) apabila usianya 9-12 bulan. Keperluan ini meningkat lagi kepada lebih 60% apabila bayi anda berusia lebih satu tahun. Pada masa yang sama, sumbangan tenaga daripada susu yang diberikan setiap hari berkurangan apabila bayi anda semakin
membesar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment