Wednesday, August 29, 2012

Merdeka 44 Hari

yess.. sudah 44 hari smlm..n sdh merdeka dr berpantang yeee..hihiiii...Tp masih takut lg nk teguk ais n minuman bergas..bia lah dulu..nk mkn ketupat n pulut2 ni pon, hold dulu..bia lama sket la...bkn apa, baru lg, takut sakit urat lak..

k daa...sunut ni, mummy masih bertapa di kg ;)

apapon, selamat Hari Raya..raya sbln kan..n selamat menyambut Kemerdekaan

Wednesday, August 15, 2012

Stok EBM

syg rase nyer sbb minggu ke 3 berpntg baru nk buat stok ebm..so dpt la sket stok..klu buat awai2 kn bgs..so dgn usaha n azam yg gigih, mummy perah ebm stp hr..insyaAllah, wpon bby masih direct bf.biasa pg2 la mummy buat aktiviti ni sbb pg2 bengkak sket n byk..klu wktu len pyh sket sbb bby fayyadh mmg kerap bf.
stok EBM mummy yg baru seminggu

hasil hr ni..n pump avent kesygan mummy..guna sejak kakak fazy lahir lg, sgt mudah digunakan, kecil, ringan dan mudah nk usung pi mn2..siap promote lak heee..sambil pump susu, smbil2 bukk blog n shoping on9..klu tak pon, jamu2 mate ;p

hasil shopinh on9.sib de diskaun rye..hee..harus beli sbb stok botol yg kwn mummy bg da nak abis..

paperpon, azam n smgt kene kuat taw, klu x, jd mls nk buat stok  EBM nnt
 
 

1 Bulan


16hb8.21012-arini genap sebulan umo baby fayyadh n genap sbln mummy berpantang..pantang la sgt kan..ubat pntg pon tak mkn apa lg sbb baby kuning lg..pntg gitu2 la mn yg sempat sbb berpntg sendri kan..arituh mil dtg kejab je..smlm fayyadh kene cucuk sbln; hepatitis 2, n chek up mummy sekali. nes kata rahin da kecut abih tp yg muskil nye nape perut mummy tak kecut2 ek huuu...berat tu trun la sket tp tak mencapai sasaran lg..aih..ntah tercapat ke idak ni..dah le nk raye ni...haru..haru....

baby fayyadh 1 bln- 4.6kg


Monday, August 13, 2012

Mood Raya

lg berapa ari jek lg nk raye upe nye..tp mummy lansung tak feel apa2 pon..knp eh..mummy tye la seben, feel raya da sampai lum..kate nye , mmg tak saba tgu raya n feel sgt2..mummy muskil la..awat mummy tak feel eh..so mummy tye la die, nape mummy tak feel..kate nye..'dah tu, sbb bukan balik kg awak...'

oo yeke...hahhaha..sbb tu kee haa....mybe antara nye kot...antara yg lain maybe sbb..:
1) mummy ngah pantang kan..dok umah jek 24 jam
2) sbb mummy tak penah pose pon bulan ramadhan ni..bedal jek 24j huu
3) sbb tak nyoping stp ari jum ng member2..n jugak tak nyoping sabtu ahad huuu
4) baju raye sehabuk pon tak prepare huuu
5) tak shoping kuih rye..sape yg dtg raye umah mummy nnt, mummy bg biskut kering je la eh...

akcely, mymmy blk jugak n9..tp lps blk besut, mummy balik le n9 plak..wpon da planning blk kg ni, tp xtau cuti seben utk rye lps ke idak..mummy takpa la cuti pnjg heeee

Thursday, August 9, 2012

abang, kakak, adik

kakak yg slalu ngaco baby
kakak n adik
sume nk usik..
see...what she's try doing...haih...
my princess
along n adik ngah tido
now u be a big bro keh..
baby fayyadh

ade yg merindui mummy kan...jgn tipuuu...hak3....
mummy yg hangat sedg berpantang..serabai jek rase

bile mummy tye farez: 
sape along..die ckp die la..bile tunjuk fazy, die ckp, ni adik..bile mummy ckp baby tu la adik, kate nye..'bukan...ni adik' (sambil tunjuk fazy)..'ni baby la...' (sambil tunjuk baby lak..)

fazy lak...
die sendri mengaku die tu kakak..tp, biler mummy ckp baby tu adik...die pon ckp..'bukan..baby...'

aih, nmpknyer, anak2 mummy masih konpius lg ler..mklumler bnde baru kan...;p






Wednesday, August 1, 2012

Flower Boy Ramyun Shop

 sejak duk umah ni, mummy suke2 petik remote mana2 suke hati mummy wpon tgh bf baby..tp ari2 mesti wajib tgk pakwe ai dlm cite ni....tu,, yg baju kuning tu..aduhaii..cair ati mummy tau...sib baik my pakwe ni jauh...huuu..so dpt tgk ari2 dlm tv pon jadi lah...jom tgk senin sampai jum..12 th di ntv7 keh heee..oohhh my laling....
alololoo...cemeii nyeee...
angau da mummy niii....
encem plak tu....apsal la org korea ni encem2 yek huuu

Sunday, July 29, 2012

Mohammad Fayyadh Isyraff

kali ni memang lambat bg nama my baby ni..sbb sblm bersalin mmg tak prepare pon..bile time nk carik, dah terbersalin la plak..lps bersalin, masuk wad n ulang alik pi klinik la plak..mmg sebok bebeno..nk pntang lg, nk berjln2 ke spital n klinik lg..tak sompek nk cr nama...

ramai sgt dah yg tanye..hehehe... so ni la nama my baby... n mesti la depan nye F ye hehhe...
Mohammad Fayyadh Isyraff bin Zainuddin..kali ni papa die yg bg nama si kecik ni hee ;)


skang mummy da ade 3F..hehe

Thursday, July 26, 2012

kACANG pARANG


APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM KACANG PARANG 
~ PERLU DIELAKKAN BG SESIAPA YG ADA G6PD, MAHUKAN IBU YG BF BAYI G6PD~
 

Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengandungi sejenis bahan kimia dikenali sebagai‘levedopa’.Levedopa menyekat kuantiti oksigen daripada menyerap masuk ke dalam sel darah merah.

Kuantiti levedopa dalam kacang parang berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi tumbuh,kandungan tanah di lokasi ia tumbuh,jumlah hujan yang turun pada satu tempoh.Kacang parang muda lebih tinggi kandungan levedopanya berbanding kacang parang matang.

Kira-kira 84gm /setengah cawan kacang parang segar mengandungi lebih kurang 50mg hingga 100mg levedopa. Paling menarik,sarung kekacangnya mencatat kandungan tertinggi levedopa berbanding bahagian lainnya.
 
 
 

lagi Info G6PD

Bagaimanakah G6PD diwarisi?


G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Bagaimanakah G6PD diwarisi?

G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalamsperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

Komplikasi:

Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).

Diagnosis:

Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

Rawatan:

Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang semasa mengandung, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.
 
Ubat anti-malaria:

Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.
 
SIMPTOM-SIMPTOM G6PD

Akibat kegagalan kemasukan oksigen ke seluruh anggota tubuh secara efektif,maka akan berlaku gejala -gejala berikut:

Sakit atau pening kepala
Kesukaran bernafas
Degupan jantung yang kencang
Nadi berdenyut pantas
Kenaikan suhu badan mendadak
Kulit & membran mukus menjadi kekuningan
Pernafasan menjadi lebih pantas
Kesihatan mulai merosot,badan menjadi lemah
Air kencing bertukar menjadi kuning gelap.
 

G6PD

Seronok sgt bile doc kate maybe ari ke 2 da leh kua spital...tp doc kate, tgu result drh baby kua dulu camna..kol 1 th doc dtg n bitau memang mummy leh kua wad, tp baby mummy kene hantar ke wad 6C (wad kuning). doc kate darah baby G6PD Deficiency..so walaupon xda kuning ms tu, tp baby G6PD memang kene admit di wad 6C utk observation sbb baby G6PD ni memang mudah kene kuning..n nsb baik la wad 6C ada katil kosong ms tu..so berkampung la mummy ng baby di 6C selama 5 ari..
dlm ms 5 ari tu, baby memang ade kuning sket, wpon tak tinggi tp baby tetap kene duk bwh lampu UV tu, sbb doc kate risiko nye nk dpt kuning tu tinggi. dlm bilik mummy ade 3 org baby yg ade G6PD..so byk la yg kami kongsikan...


ekcely, mummy tak bp terkejut bile doc ckp baby ade G6PD..sbb adik ke 5 mummy, si faiz mmg kene G6PD..then, sepupu sepapat ramai jugak yg kene...umm...keturunan eh? cume, mummy tak reti nk handle lah..terus tepon mak, n mak lah sumber rujukan yg paling dekat utk tye mcm2 psl pntang larang bdk yg ade G6PD ni..so leps ni ni, mummy n sefamli mmg byk kene pntg larang di rumah, kene berjaga2 n beringat2...tanak la apa2 jadi kat anak mummy tanpa pengawasan....risau jugak...

so ape itu G6PD? meh kite share info...

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.
Anagelsik & Antipiretik :-
Asetanilid
Asid Asetilsalisilik
Aminopirina
Antipirina
Fenasetin

Antimalaria:-
Klorokuina
Pamakuina
Pentakuina
Plasmokuina
Primakuina
Kuinakrina
Kuinina
Kuinosida

Nitrofuran:-
Furaltadon
Furazolidon
Nitrofurantoin
Nitrofurazon

Sulfonamida:-
Asetilsulfanilamida
Sulfisoksazola
Sulfametlsipiridina
Sulfapiridina
Sulfatiazola

Sulfon:-
Dapson (DDS)
Sulfokson

Ubat Lain:-
Dimerkaporl
Metilena Biru
Asid Nalidiksik
Orinase
Asid Para-aminosalisili (PAS)
Fenilhidrazina
Kuinidina
Vitamin K

Makanan Yang Mudah Menyebabkan Homolisis:-
Kacang Parang (Fava Bean)

Lain-Lain:-
Ubat Herba Chuan Lin
Ubat Herba Ngau Wong
Ubat Gegat (bayi dilarang memakai pakaian yang terdedah kepada ubat gegat atau menghidu ubat gegat)
  
Apa akan  berlaku  kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut? 
*   Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.

Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
Air kencing berdarah atau berwama teh pekat
Demam dan pucat
sesak nafas

Penting
Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD handaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.
Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan "rantai perubatan" yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya..

 emmm...buat ms skang mummy tak berani lg nk makan jamu2 herba ni...sbb kuning kat baby ade lg..tgu la dulu..lgpon risau nk mkn..nk mkn o buat apa2 skang pon, dok pk anak...ade kesan tak kat baby...
oh ya, nes pesan, nila, ubat nyamuk, ubat myk cap kapak pon kene jauhkan dr baby..jgn bg baby bau...
arap2 mummy sekeluarga beringat sume ni..InsyaAllah..smoga urusan anak mummy dipermudahkanNya.
 

Glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency