Monday, February 28, 2011

1 hala banyak tujuan

sabtu lepas, mummy telah berjaya mengajak en hubby ke jalan kuala kangsar, ipoh..penuh semangak pi dr mgu lepas..tujuan nyeee.jeng jeng jeng...kat jln kuala kangsar ni mmg glemer pasu2, pokok2 bunga, jualan perhiasan kawen2 ni, brg umah...tp mummy singgah 1 kedai ni..yg jual brg2 umah, cth pasu2, bunga perhiasan, brg2 yg gantung ni..mcm2 lah...rege pon murah..ala2 mcm pi nilai lak....huish rambang jugak la mata masuk kedai ni..tp lupa nk amek gamba brg2 jualan dlm kedai ni..sebok dok pilih barang huu...

barang kecik2 je ..pasu hiasan, bunga hiasan, jam, penggantung kunci bla bla...ayooo..rasa nk beli lg ..byk sgt choice huuu...

kunun nye nk hias umah..sbb umah kosong jek..bile ade bunga nmpak la serinye sket......
barula dlm umah ada taman...kehkehkeh...tp niat nk pi lg ni...nk beli yg sama camni..utk side belah knn lak..nmpak buruk lak ada 1 side jek.. huh

blk dr menghabiskan duit, kami ke taman jepun lak...saja santai di taman...kan dln hati ada tamannn......hehehe



our family..n mummy yg gumuk...huh

abg farez yg sedang memujuk adiknya balik...good boy nii....

da penat round taman jepun wpon tak jupe unty jepun, kami pon balik lah...mummy gubah bunga yg secotek tu, papa lak tukang drill.....

oh beshnyee jln2 di jln kuala kangsar......(byk lg niat terpendam dlm hati mummy niii huhuhu)

Friday, February 11, 2011

Pulau Orang Utan

22-25jan lepas, mummg ada bengkel penulisan siantifik di bukit merah laketown resort..bengkel yg sangat2 memeningkan kepala..adoii...bengkel yg agak pack dgn aktiviti, paper works and presentation..pening tgk data2, nk manuplasi data2..nk kelentong2 data2..huh mmg haru!

then agaknye bos tgk sume dah dahi jendol, so ada la mencuri masa skejab ke pulau orang utan..dekat bukit merah tu jugak la..naik bot 15min jek da sampai.rege tak pasti lak sbb mummy n kengkawan naik pree jekk huu...ni kali ke 2 mummy naik bot..kegayatan masih lg terasa..huhu..mummy mmg seram naik bot neh...sib baik kejab jek..

apa yg ada kat pulau org tu?..ada org utan lah..spp animal yang terpelihara..1st gi ke wad urg utan.isolation unit..di mana anak2 org utan ini akan dipisahkan dr ibu mereka atas beberapa masalah..seperti penjagaan dr ibu mereka yg tdk sempurna, mengalami mslh saluran pernafasan, kelahiran pra matang, kurang berat bdn sms lahir (kurang 1.5kg kalu tak silap),  atau jangkitan pada tali pusat..emm..de prosedur lbh kurang mcm menyambut bayi di hospital kan..

ni unit pemisahan.anak2 org utan akan duduk di dlm wad ni slama 3 tahun.di bwh jagaan nurse or pembantu veterinar. dlm unit ni, anak2 org utan td akan diberi minum susu botol dan juga pakai pampers lg tau..
time p tu takda plak anak org utan yg tgh nyonyot minum susu botoi..campak botol susu ada la hhehe..jgn main2, susu enfalec lg tauuu...:p
pakai pampers time..pampers fitty
beshnye ada org tuka pampers..bahagia sungguh muke..hukhuk

selepas 3 thn di unit pemisahan, mereka akan dipindahkan ke kandang buatan..dimana adanya pokok, tali2 dan buaian..tak pakai pampes da ms ni..da besa kan heee..tujuan nye..utk train mereka panjat pokok, dan bergayut gayutan sebelum dilepaskan di tempat mereka; pulau org utan; lps 10 thn...

hurmm...mummy sgt tertarik dgn info2 di pulau org utan ni..n saje nk share info yg besh ni kpd sume kwn..maybe ni cara utk pulihara binatang2 yg nk hampir pupus ni mesia ni..kagum3.....

n lasty, presenting this picture for enjoyyyyyy...............
..
..
..
..

so cute..siap peluk bear lg masa tidooo.... :))


Tuesday, January 18, 2011

thaipusam punye crita

sessi dialog.sila baca

'z-weh, jom mkn lua lunch karang
mummy-ala, i ade date le lunch ni.ade hal
z-ala ko ni...
mummy-ha esok la kite mkn reramai kat lua
z-hah ko keje n mkn la sorg2 sok.kami nk cuti'

huh..cuti?????mmg mummy tak jangka esok cuti tau..terus cek kalendar, cuti thaipusam maaa...ayoyo..mummy tak ready la nk cuti sok..hahha..tak logik tol..tp mmg la, minggu ni mummy nk pulun cari data2, nk tolabrate data2, nak cari journal..nak buat sedikit preparation utk bengkel penulisan kertas saintifik mgu depan..then ada lg la 2 3 keje len nk buat..kalu dah cuti besok...sempat kah mummy...anyway, kali ni mummy kene redha dgn cuti.hahha..biasala..dr akhir thn ke awal thn msti mcm2 nak kene wat kan..itulah ini lah..

so, bg yang sambut thaipusam besok..selamat enjoy dgn cuti anda..mummy biasa2 je kot..dok umah..paling jauh taman rekreasi bwk anak2.en seben bukan ada kat umah pon..nk buat keje kat umah..hurm jgn harap..askar2 sgt aktip di rumahh huhu

ni gamba hiasan perayaan thaipusam. biasa depa akan bwk keliling tuhan mereka n susu dari kuil. then ade yg cucuk2 kan..ish seraammm plak

Tuesday, January 4, 2011

celebrating new year 2011

opsss rasa tak terlambat lg kan mummy nk wish hepy new year 2011 pada sume kan..hehe da 4hb ponn..baru lg la tuh kan..mummy seboklaa huhu (alasan karat kehkehkeh)

azam 2011???ape ek...standard; nak jd istri n ibu yg baik n solehah, huhu...then nak rajin masak hahha sbb slalu mls2 huhu..emm ape lg ek..nak jaga solat...insyaAllah..hehhe..lagi..haruslah nak kuruss..so azam gile2 thn ni nk joging..nk kuatkan stamina bia mantap hahaha...psl kerjaya lak..azam ni berthn2 dah..agar dpt post yg lebih baik..tp dr segi kerjaya yg sekarang ni, mummy berazam nk keje ng jaya nya, agar lebih berkualiti n lebih teratur..nak majukan unit mummy skang..nak buat pembaharuan pd unit sendri ermmmm amin kan lah ye :)

1hb arituh kami jln2 ke taman rekreasi gunung lang..saje nk bwk anak2 naik bot.sbb nye nk pi taman permainan n rekreasi belah sana kene naik bot.n kene byr 3hengget..ni kali ke 2 lah pi, dulu ms farez kecik2 dlu penah la pi dah..yg sunutnye kat sini leh tgk ikan beso2 sambil bg mkn..kire anak2 enjoy lahh

sebelum bot bergerak...pose dulu ok!

selamat menyeberang..dpt men kat tmn permainan

 
haa lupe nk kabo..pd 1hb 1 2011, fazy da boley berjalan tau..agaknya tuh la azam fazy..:P

oh ya..mlm 1hb 1 tu kiteorg pi dataran greentown..konon nk tgk bunga api jam 12mlm..skali tgu2..da kol 12 lebih bunga api tak muncul2 gak..ramai jugak la yg dtg bwk anak2 n famli,.sudah nye..balik je laaa...sok nye baru tau, wat kat stadium indera mulia ipoh tuh..aduyaaaiii hampeh toii..kecewa anak2 mummy tau..mummy pon hehehe
bergamba dlm keadaan keciwa..bunga api tarakkk...huh

kalu tak, mesti dpt tgk bunga api camnii kan...........isshhhhh cedihhhnyeee....nk tgk bunga api camniiiiiiiii (mummy lak excited :P)

nota cagu: keciweee keciweee..hahhaha

Wednesday, December 22, 2010

Migraine & Homoeophaty

sejak akhir2 ni mummy slalu sakit kepala..sejak bersalin anak ke 2.tp lately, da 3 bulan mummy asik sakit yg berpanjangan dan kerap.da byk doc mummy pi, memula kate stress keje..sbenarnye, takde la plak mummy stress keje ke hape..bile da semakin kerap n berpanjangan, doc ckp maigraine..tp sume ubat mummy mkn sume tak berkesan.ubat yg diambil hanya utk melegakan kesakitan utk sementara..lastly, da 3bulan sakit berpanjangan, mummy pon cuba rawatan homoeophaty..emm skang masih dlm peringkat percubaan..harap2 lah menjadi ek..biol da kepala mumy ni asik sakit jekk huhu


migraine biasa nye terjadi sebelah kepala je..tp jika keadaan terlalu teruk, leh membawa kepada due2 belah kepala

so meh nk share info migraine n homoeophaty ni k

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.




Classic Migraine


Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.


Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.


Common Migraine


Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.


Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.


2) Hormone
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.


3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.


Cara mengurangkan kesakitan migraine :
Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.
Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.
* tapi biasa nya mummy mkn ubat jek sbb da tak thn  sgt hehhe

Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan. Disebabkan bahan untuk membuat ubat Homeopathy adalah berasaskan herba, ubat Homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.


so mummy sedang mencuba ubat2an homoeophaty ni..actully homoeophaty ni menyingkirkan2 toxin2 yg berlebihan di dlm bdn kite ni.membetulakan saluran drh dan saraf agar sistem bdn kita dpt berfungsi dgn betul.em tu apa yg doc homoeophaty terangkan pada mummy lah..
cara mkn ubatnya plak ialah tak boleh guna tgn n sudu besi.sudu plastik takpa..then kene mkn 1/2jam sebelum mkn..kire nya mkn time perut kosong..so resultnya, kene tgu smgu la ek..so far smlm mummy da rasa kurang skit berbanding ari2 sebelum ni....alhamdulillah...:P

Wednesday, December 15, 2010

aksi tak mau tp mau

mama: farez, meh posing amek gamba
farez: (jebik mulut..tanda tanak la tu)...
dlm hati mama...oooo eksen yee hihi

lps tu ngada2 wat aksi2 yg kununnye ngada2..ala mau tp tak mau..mau yg lebih..elehh td kata tanak..

still mud tak mau tp mau..wat picit2 idung plak
wat2 terbang la plak....

ni wat aksi cat walk plak..huh..td eksen kata tanak..skang farez dah over acting la .....huhu...

sekian aksi farez tak mau tp mau
hehe

Monday, December 13, 2010

hubby besday

my hubby tgh minum nescafe tarik kaw kaw punye..tgkle buih nyee...

arini 14Dis..besday en hubby..emm nk suprise ape ek..actually pg td tah wish sblm masing2 pi keje..adiah pon actually mummy da bg 2mgu lepas..masa tu baru balik dr songkhla tu..adiah2 for hubby import from thai la kire nya huhu..so mcm arini, mcm xada apa la kan..ish tak besh nye..so planning blk kj kang nk cari kek la..nk cr lilin 30 batang..hahah jenuh nk tiup kang hahah..kalu jupe s'thing spesel kang beli la ek..heeehe
so, for my dearest abang..wish u happy besday, slamat hari lahir..semuga panjang umur dan sihat selama2nya, semuga dimurahkan rezeki hendakNya, semuga cpt naik pangkat lg heee...emm apa lagi ye..semuga hidup berbahagia berpanjangan bersama kami.. luv u very much abg....:*

Monday, December 6, 2010

VRI Trip to Songhkla-Hatyai, Thailand

baru2 ni pada 29/11- 2/12/12, mummy bersama2 staff VRI pi melancong..hehhe..ingt tak dulu yg mummy wat passport tu..akhirnya, mummy selamat pegi ke thai n selamat sampai ke mesia semula..
anyway sgt2 enjoy pi sna..byk jugak tempat2 leh jln2, kat songkhla la..neway kat hatyai lak tempat bershoping..neway, bhy tau kat hatyai ni koz ader tiger show n pondan show..lelaki2 yg kussss iman tu la bhya nyee hehhe...
emm actually gamba mummy tak uplod abih lg..ader lg pict kat member mummy..
next entry mummy uplod n citer pnjg2 k..skang mummy nk tdooo..ni pon da lambat dah..mentang2 sok cuti kan..SALAM MAAL HIJRAH buat semua....

neway, ni ada sket gamba:d
bhat thailand..mata wang depa rendah..RM 90++ duit malaysia lbih kurang 1000 bhat.

blakang tu otel yg mummy nginap..sarmila beach resort

Wednesday, November 24, 2010

bila henpon underwater

1st at all, jgn slh phm ok..henpon mummy ni ori..not ciplak2..tp terjadi nya underwater bile mlm td, mummy terendam n terbasuh sekali pon dlm mesin basuh...aduhhhh..apsal la bijak sgt kan..
kisahnya, letak fon dlm sluar track..biasala nk jdkan alasan mcmana tak perasan fon dlm poket ...'ala...sluar track kan besar' or 'poket sluar track kan labuh,mana nak perasan'.....

mmg rajin mlm td, tgk mesin basuh da penuh..masuk jela sluar track ni..on swicth, bkk air, buh sabun, biakan die berpusing sebentar,pastu off sambil bia merendam kain dlm mesin basuh tu..agak lama jugak la..time nak tdo tu, teringin nk chek fon takut2 de msg..cari2 tak jupe..alih2 baru teringat.....dlm MESIN BASUH...ayarkkkk....

da berapa jam terendam ntah..ambil2, tgk air da bertakung dlm fon tu..husband da geleng2 kepala sambil bebel2 sambil perli2...'kotor sgt ke henpon tu sampai nk basuh?'..mummy mls nk lyn, mummy terus tekun mencari srcrew2 driver yg kecik2 tu utk bkk fon mummy ni..henpon lak canggih manggih sgt..nk bkk cover pon berscrew2..arggghhh bosan2....sudah nya, ngan muke yang poyo, mummy tak berjaya nk buraikan henpon mummy tu..dlm hati ckp 'ai rosakla henpon ni kot..dah la tgh takde duit..nk pi songkhla lagi next week, mn nk cekau duit' sambil mcm2 lg la bebel dlm hati. mls nk bebel kuat2, nnt lg kuat dgr sore bebelan en somi tu...

sedih2...sdh sgt tak dpt nk selamatkan fon tu...wat muke poyo..muke sedih..pastu en somi ckp dgn lembutnya (agakya da penat bebel td kot)...'eemm takpelah..sok kite cari yg murah2 dulu utk sementara waktu ni..sementara tgu duit ada'....dan.........mummy pon redha lah....da mmg slh mummy kan...cuai..ish ishhh

mummy bersedih lg ni...mummy ilang sume no2 kwn, famly, no2 ptg, my note, gamba2 n sume2 la yg mummy simpan dlm fon tu..ishhhh sedih toi laaaa

emmm mlm ni jom teman mummy cari fon cikai2..."P

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha


selamat hari raya Aidil Adha mummy ucapkan buat sume rakan2 dan utk semua umat islam di dunia ni..
pada siapa yg balik kg tu, hati2 la memandu ye..mummy InsyaAllah balik ke n9 mlm karang.dah tak sabar rase nye nk blk kg ni..yela..raya puasa arituh blk jerteh..emmm rindu kat mak ayah mummy ni,,,okla...hope sume enjoy blk kg n beraya..