Wednesday, December 22, 2010

Migraine & Homoeophaty

sejak akhir2 ni mummy slalu sakit kepala..sejak bersalin anak ke 2.tp lately, da 3 bulan mummy asik sakit yg berpanjangan dan kerap.da byk doc mummy pi, memula kate stress keje..sbenarnye, takde la plak mummy stress keje ke hape..bile da semakin kerap n berpanjangan, doc ckp maigraine..tp sume ubat mummy mkn sume tak berkesan.ubat yg diambil hanya utk melegakan kesakitan utk sementara..lastly, da 3bulan sakit berpanjangan, mummy pon cuba rawatan homoeophaty..emm skang masih dlm peringkat percubaan..harap2 lah menjadi ek..biol da kepala mumy ni asik sakit jekk huhu


migraine biasa nye terjadi sebelah kepala je..tp jika keadaan terlalu teruk, leh membawa kepada due2 belah kepala

so meh nk share info migraine n homoeophaty ni k

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.




Classic Migraine


Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.


Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.


Common Migraine


Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.


Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.


2) Hormone
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.


3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.


Cara mengurangkan kesakitan migraine :
Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.
Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.
* tapi biasa nya mummy mkn ubat jek sbb da tak thn  sgt hehhe

Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan. Disebabkan bahan untuk membuat ubat Homeopathy adalah berasaskan herba, ubat Homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.


so mummy sedang mencuba ubat2an homoeophaty ni..actully homoeophaty ni menyingkirkan2 toxin2 yg berlebihan di dlm bdn kite ni.membetulakan saluran drh dan saraf agar sistem bdn kita dpt berfungsi dgn betul.em tu apa yg doc homoeophaty terangkan pada mummy lah..
cara mkn ubatnya plak ialah tak boleh guna tgn n sudu besi.sudu plastik takpa..then kene mkn 1/2jam sebelum mkn..kire nya mkn time perut kosong..so resultnya, kene tgu smgu la ek..so far smlm mummy da rasa kurang skit berbanding ari2 sebelum ni....alhamdulillah...:P

Wednesday, December 15, 2010

aksi tak mau tp mau

mama: farez, meh posing amek gamba
farez: (jebik mulut..tanda tanak la tu)...
dlm hati mama...oooo eksen yee hihi

lps tu ngada2 wat aksi2 yg kununnye ngada2..ala mau tp tak mau..mau yg lebih..elehh td kata tanak..

still mud tak mau tp mau..wat picit2 idung plak
wat2 terbang la plak....

ni wat aksi cat walk plak..huh..td eksen kata tanak..skang farez dah over acting la .....huhu...

sekian aksi farez tak mau tp mau
hehe

Monday, December 13, 2010

hubby besday

my hubby tgh minum nescafe tarik kaw kaw punye..tgkle buih nyee...

arini 14Dis..besday en hubby..emm nk suprise ape ek..actually pg td tah wish sblm masing2 pi keje..adiah pon actually mummy da bg 2mgu lepas..masa tu baru balik dr songkhla tu..adiah2 for hubby import from thai la kire nya huhu..so mcm arini, mcm xada apa la kan..ish tak besh nye..so planning blk kj kang nk cari kek la..nk cr lilin 30 batang..hahah jenuh nk tiup kang hahah..kalu jupe s'thing spesel kang beli la ek..heeehe
so, for my dearest abang..wish u happy besday, slamat hari lahir..semuga panjang umur dan sihat selama2nya, semuga dimurahkan rezeki hendakNya, semuga cpt naik pangkat lg heee...emm apa lagi ye..semuga hidup berbahagia berpanjangan bersama kami.. luv u very much abg....:*

Monday, December 6, 2010

VRI Trip to Songhkla-Hatyai, Thailand

baru2 ni pada 29/11- 2/12/12, mummy bersama2 staff VRI pi melancong..hehhe..ingt tak dulu yg mummy wat passport tu..akhirnya, mummy selamat pegi ke thai n selamat sampai ke mesia semula..
anyway sgt2 enjoy pi sna..byk jugak tempat2 leh jln2, kat songkhla la..neway kat hatyai lak tempat bershoping..neway, bhy tau kat hatyai ni koz ader tiger show n pondan show..lelaki2 yg kussss iman tu la bhya nyee hehhe...
emm actually gamba mummy tak uplod abih lg..ader lg pict kat member mummy..
next entry mummy uplod n citer pnjg2 k..skang mummy nk tdooo..ni pon da lambat dah..mentang2 sok cuti kan..SALAM MAAL HIJRAH buat semua....

neway, ni ada sket gamba:d
bhat thailand..mata wang depa rendah..RM 90++ duit malaysia lbih kurang 1000 bhat.

blakang tu otel yg mummy nginap..sarmila beach resort

Wednesday, November 24, 2010

bila henpon underwater

1st at all, jgn slh phm ok..henpon mummy ni ori..not ciplak2..tp terjadi nya underwater bile mlm td, mummy terendam n terbasuh sekali pon dlm mesin basuh...aduhhhh..apsal la bijak sgt kan..
kisahnya, letak fon dlm sluar track..biasala nk jdkan alasan mcmana tak perasan fon dlm poket ...'ala...sluar track kan besar' or 'poket sluar track kan labuh,mana nak perasan'.....

mmg rajin mlm td, tgk mesin basuh da penuh..masuk jela sluar track ni..on swicth, bkk air, buh sabun, biakan die berpusing sebentar,pastu off sambil bia merendam kain dlm mesin basuh tu..agak lama jugak la..time nak tdo tu, teringin nk chek fon takut2 de msg..cari2 tak jupe..alih2 baru teringat.....dlm MESIN BASUH...ayarkkkk....

da berapa jam terendam ntah..ambil2, tgk air da bertakung dlm fon tu..husband da geleng2 kepala sambil bebel2 sambil perli2...'kotor sgt ke henpon tu sampai nk basuh?'..mummy mls nk lyn, mummy terus tekun mencari srcrew2 driver yg kecik2 tu utk bkk fon mummy ni..henpon lak canggih manggih sgt..nk bkk cover pon berscrew2..arggghhh bosan2....sudah nya, ngan muke yang poyo, mummy tak berjaya nk buraikan henpon mummy tu..dlm hati ckp 'ai rosakla henpon ni kot..dah la tgh takde duit..nk pi songkhla lagi next week, mn nk cekau duit' sambil mcm2 lg la bebel dlm hati. mls nk bebel kuat2, nnt lg kuat dgr sore bebelan en somi tu...

sedih2...sdh sgt tak dpt nk selamatkan fon tu...wat muke poyo..muke sedih..pastu en somi ckp dgn lembutnya (agakya da penat bebel td kot)...'eemm takpelah..sok kite cari yg murah2 dulu utk sementara waktu ni..sementara tgu duit ada'....dan.........mummy pon redha lah....da mmg slh mummy kan...cuai..ish ishhh

mummy bersedih lg ni...mummy ilang sume no2 kwn, famly, no2 ptg, my note, gamba2 n sume2 la yg mummy simpan dlm fon tu..ishhhh sedih toi laaaa

emmm mlm ni jom teman mummy cari fon cikai2..."P

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha


selamat hari raya Aidil Adha mummy ucapkan buat sume rakan2 dan utk semua umat islam di dunia ni..
pada siapa yg balik kg tu, hati2 la memandu ye..mummy InsyaAllah balik ke n9 mlm karang.dah tak sabar rase nye nk blk kg ni..yela..raya puasa arituh blk jerteh..emmm rindu kat mak ayah mummy ni,,,okla...hope sume enjoy blk kg n beraya..

Sunday, November 14, 2010

Besday Gurl's~NOV2010~

13 & 14hb 11 arituh, mummy ada LASAM Conference di grand seoson hotel di KL. jatuh ari sabtu n ahad lak tu..ayya...tp kire ok jugak, en hubby cuti..so angkut la anak2 skali p KL.tp kami menginap di putrajaya sbb ari sabtu tu mummy MTEST di putrajaya.
14hb 11 kebetulan jatuh hari lahir mummy.so kami plan nk sambut besday mummy ng fazy (8hb 11) ng family juned ng mat.juned pon ade 2 org anak gurl..so mmg meriah la kalu ramai2 camni..farez n fazy pon takde kawan.dpt jumpe alya ng husna ..sunut la die..dpt plak main mcm2 menan kat umah unty juned, lgla farez n fazy suka. memula nk mkn2 kat dataran depan majid putrajaya tu, tp ujan la plak so kami pon sambut kat umah jun jek..abih bersepah umah unty juned..heeheheee....sury je juned....
k moh kite potong kek dulu...
potong kek skali ng papa ng farez

lps potong kek, mkn2 la plak..masing2 dah lapo..antara menu nya; kek, pizza, pastu unty jun ni masak sedap...ada ayam bakar, udang masak lomak campo nenas, sayur campur, kerabu mangga. ada buah jambu n sos rojak sponser huhu...mmg kenyang lah..mcm2 ada...yg plg specel ade air kelapa.minum dr buah kelapa lg.rasa mcm minum tepi pantai lak hehhee

ms mak2 n bpk2 masih melantak, budak2pon da kekenyangan, so ni la masa2 budak2 ni memunggah...kemain srunuk lg tgk bbdk ni main sama2..farez sampai berpeluh2 la main sepak bola dlm umah unty jun...sib baik tak pecah pasu bunga...kalu tak cuak jugak mummy huhu

oh ya...ramai yg tanye papa bg adiah apa...jeng jeng jeng....
kebetulan jam mummy ni problem jek.arituh jarum jam tercabut.lps reper cermin cover pecah sket n tertanggal..nk tukar mahal, agak mhl jugak n lmbat siap..sbb kedai nk kene tempah dlu..so papa kata, meh la papa adiahkan jam baru..hehehe..tp jam lama tu mummy tetap simpan n nak reper balik.jam lama tu pon adiah dr papa jugak ms besday mummy thn 2008. harap2 jam baru ni, thn lah bertahun2 lak.
.apepon thx ye papa... :))


Sunday, November 7, 2010

Hepy 1st Besday My Gurl

8hb 11 2010..
aii rasenye mcm baru je lahirkan anak ke 2 mummy ni..Nur Fazya Qaireen..rs mcm baru je abih pntg..rasa mcm baru je kurus..hahahha...lps pntg harusla kurus kan..skang tidak la lg...sbb da tak berpantang...aih aih aih..benci la word kurus tu skang...
sbb nape mummy rase mcm baru je, sbb maybe sbb mummy masih breastfeed fazy full time kec la mummy pi keje..mlm o wikend mmg full time.tido pon berkepit mcm baby lg..sbb tu la rasa mcm baru jee..tup2 arini fazy dah sethn..da besa da anak mummy ni..rindu plak ms fazy baby2 dulu hhehe..
esok fazy cucuk sethn, hope la demam lame2 ye.sihat2 je lah ye fazy.
mama wish fazy, muga fazy diberkati, dilindungi Allah selalu, smuga menjadi anak yg solehah, anak yg taat kpd perintah Allah, kpd mama dan papa, jd anak yg baik dan smuga comeeellll sokmo hehhe...mama syg fazy sgt2..
celebration besday fazy, pospone ujung minggu ni ye..kite sambut ng mama same2 ek...lgpon smlm da mkn2, fazy pon dah dpt adiah besday..pink colour lg hehhee

: muke farez yg moyok sbb berebut basikal ng adik fazy. actually ni basikal sempena besday adik fazy.tp abg farez lak asik nak berebut.ingt adiah die agaknya. basikal ni besh sbb leh tolak2. so sng la kalu nk pi psrya ke taman ke..tolak je..mcm troli jugak le. n leh sampai umor 4thn.so kira jangka ms panjang la..tak pyh beli byk kali hheeehe:

:ni baru la besday gurl.terpaksa dok dlm stroller je..basikal abg farez da rampas..huhu...sabar ye fazy:

oh ya, perkembangan fazy utk umo sthn:
: lom leh jln lg tp suke sgt bertatih.kalu pi psraya, takmo berdukung..nak bertatih.pgg tgn kite then nk berjln mcm org pandai jln...lagak mcm org besar hhehe
: leh meniti sana sini n panjat2 katil , kerusi, meja kecik
: da pandai babai, tepuk amai2..kire phm la org ckp..kalu suh babai, die lambai tgn. kalu suh tepok amai2, fazy akan tepok tgn..
: syg pon da pandai tau..siap bunyi lg..'emmmmm....' sambil lekap muke die kat muke kite huhu..
: suke tiru apa org tua buat..yg simple2 le..cthnya, julur lidah, mucung mulut, bunyi2kan mulut..
: fazy ni orgnya agak serius dr abg farez. mcm abg farez dr kecik sampai skang, asik senyum je meleret2.tp adik fazy agak serius muka nya. tp kalu da senyum amat la manis..hhehe...

Friday, October 29, 2010

Menyepah dan Mengemas..?

kes menyepah adalah merujuk kpd gamba di bwh....

gambar jelas menunjukkan fazy sedang giat menyelongkar brg2 dr almari..

akta mengemas lak takda gambar sbb mummy yg kene mengemas lopeh tuuu...huuu..nasib badan...tuh la, skang ni fazy kojo nye nk menyelongkar je brg2 dlm almari ke mana ke..pastu wat sepah..penat tau nk ngemas..ni dah tanda2 awal nk ikut jejak abgnya dlm aktiviti 'mengemas'..ayyoooo...
oh ya..yg mummy bangga skang ni, fazy skang da pandai pegang pensel dan menyonteng..TAPI...masalahnya, bkn pd kertas..tp pd dinding umahhh..waaa.....

Tuesday, October 26, 2010

Akhirnya buat jugak

Pagi td kaki ni melangkah jua naik bas VRI ng segerombolan beberapa staff VRI menuju ke pejabat imegresen.motif utama ialah ... wat paspot o border pass. insyaAllah ujung bulan 11 ni ade program VRI like as team building ke Songkhla, Thailand.
memula dulu mmg mummy nk sgt p..ntah kenapa lately, rase mcm lain mcm, tak sedap ati n nervous lak..maybe sbb mcm2 insiden yg terjadi..dan paling utama rase kesian kat anak2 lak..sian kene tinggal n mummy jugak takut rindu2an lak nnt..tp hubby kate ok..
bla bla bla...mls nk bende2 yg tak baik, lgpon jaminan telah diberi.mr guide travel akan menemani kami nnt.jaminan keselamatan juga telah diberi..hope nothing bad happen lah..

tujuan ke sana ialah lawatan bls, melawat Prince Thai University..(if kalu tak silap la..mummy lupe) then jln2 shoping melawat..dah pi sna nnt mummy wat entry  baru k..

siap jugak la wat paspot arinih..mcm mummy ic adress n9.so kene la wat paspot.mcm kwn2 mummy yg adress perak, kedah, klate just wat border pass shj..rm 10 hengget ok..paspot rm 100 for 2 yrs n rm300 for 5yrs..mummy amek yg 2 yrs jek..so melayang rm 102..ops..tambah rm 2 for paspot cover.